Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia jangka hampir 200j penduduk mudik Lebaran

Mar 25, 2024 | 05:30 AM



JAKARTA: Hampir tiga perempat penduduk warga kota Indonesia dijangka mengikuti tradisi tahunan mudik ke kampung halaman bagi menyambut ketibaan 1 Syawal – menjadikannya perjalanan pulang ke kampung terbesar sejauh ini.


Kementerian Pengangkutan Indonesia (Kemenhub) menjangkakan seramai 193 juta rakyat negara itu akan mula ‘mudik’ atau balik kampung menjelang sambutan Aidilfitri awal April.

Detik.com melaporkan, data berkenaan diperoleh hasil tinjauan yang dilakukan Agensi Dasar Pengangkutan (BKT) Kementerian Pengangkutan.


“Berdasarkan hasil tinjauan BKT, terdapat trend meningkatnya pergerakan rakyat pada Aidilfitri pada 2024, iaitu 71.7 peratus daripada jumlah penduduk Indonesia atau 193 juta orang.

“Daripada angka ini, sebanyak 14.6 peratus atau 28.4 juta penduduk dari Jabodetabek (meliputi Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi) akan membuat perjalanan pulang ke kampung,” kata Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Budi Karya Sumadi, dipetik dari detikFinance.


Encik Budi Karya berkata, pada 2024, jumlah mereka yang pulang ke kampung juga meningkat sejumlah 56 peratus berbanding 123 juta orang pada 2023.

Keghairahan untuk ‘mudik’ turut menghidupkan semula industri pengangkutan yang terjejas sejak 2020 semasa Covid-19 melanda dengan sejumlah kira-kira 85.5 juta mudik ke kampung pada 2022.

Bilangan pengembara dijangka meningkat berikutan persepsi positif masyarakat dan keadaan ekonomi yang bertambah baik.

Mudik merujuk kepada kepulangan beramai-ramai penduduk di bandar besar Indonesia untuk merayakan Aidilfitri pada hari-hari terakhir Ramadan.

Mudik Lebaran dianggap sangat penting untuk rakyat Indonesia khususnya buat mereka yang berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari rezeki.

Ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.

Setiap tahun juga, jutaan manusia akan mudik Lebaran sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Ini terutamanya bagi kawasan yang menjadi destinasi tumpuan khususnya di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur.

Kementerian Pengangkutan menjangkakan seramai 33.7 juta orang merancang mula mudik seminggu sebelum dan selepas cuti Aidilfitri menggunakan kereta api.

Pemerintah berkata angka itu jauh melebihi jumlah kapasiti kereta api antara bandar iaitu mampu mengangkut 3.3 juta penumpang.

Ini bermakna jika unjuran itu kekal, kira-kira 30.4 juta pengembara terpaksa mencari pilihan lain untuk pulang ke kampung halaman.

Ketua Pengarah Kereta Api, Encik Muhhamad Risal Wasal, menganggarkan perjalanan mudik keluar akan memuncak empat hari sebelum Aidilfitri dan perjalanan pulang akan memuncak tiga hari selepas itu.

Sehubungan itu, pihaknya sudah melakukan pelbagai persiapan supaya perjalanan pulang ke kampung lancar.

“Antara langkah yang akan diambil adalah mengeluarkan surat keputusan bersama (SKB) berhubung peraturan lalu lintas dan aliran semasa arus mudik dan pengangkutan pulang bermula pada 5 Mac 2024.

“SKB mengandungi peraturan mengenai sekatan operasi dan pengangkutan barang ketika cuti Aidilfitri 2024,” katanya.

Bagi melancarkan mudik Lebaran 2024, pemerintah Indonesia melaksanakan peraturan perjalanan sehala di beberapa lokasi yang diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Orang ramai disaran pulang ke kampung lebih awal bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pengembara yang akan menggunakan kenderaan persendirian sama ada motosikal atau kereta diramal lebih 40 juta orang.

Setakat ini, pengangkutan yang telah disediakan pemerintah terdiri daripada 57,000 bas, 205 kapal dan 327 kapal terbang.

Anggota polis, tentera, kementerian, agensi dan pemerintah tempatan akan ditugaskan untuk sama-sama melaksanakan operasi yang bertujuan mengawasi keselamatan dalam kegiatan mudik dan kepulangan warga Indonesia sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >