Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia kerah 130,000 anggota keselamatan perketat kawalan Krismas, Tahun Baru

Dec 19, 2023 | 02:36 PM



JAKARTA: Polis Indonesia akan mengerahkan seramai 129,923 anggota bagi mengawal keselamatan sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru 2024, menerusi operasi tahunan yang dinamakan, Operasi Lilin.


Jurucakap polis, Inspektor Jeneral Sandi Nugroho, mengumumkan demikian ketika mengetuai taklimat operasi di Ibu Pejabat polis di Jakarta pada 18 Disember.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan melalui Operasi Lilin 2023/2024 itu dijadual bermula pada 22 Disember 2023 hingga 2 Januari 2024.

Jelasnya, seperti yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, operasi keselamatan pada cuti akhir tahun itu berbeza memandangkan pilihan raya umum akan datang pada Februari 2024.

“Jeneral Sigit menyeru semua masyarakat bekerjasama mengutamakan perpaduan dan kesatuan walaupun wujud perbezaan.

“Bagaimanapun, Polis Negara, TNI (Tentera Negara Indonesia), dan pihak berkepentingan yang berkaitan akan memastikan sambutan Krismas dan Tahun Baru serta peringkat pilihan raya berjalan lancar,” kata Encik Sandi, dipetik akhbar Tempo.


Menurutnya, kemuncak pergerakan pulang sempena Krismas dijangka pada 22 dan 23 Disember, dan aliran pulang pula adalah pada 26 dan 27 Disember.

Pasukan keselamatan yang terlibat merangkumi gabungan polis, askar termasuk pasukan khas antipengganas yang turut terbabit dalam Operasi Lilin pada 2023.

Kesemua pasukan akan dilengkapi dengan senjata penuh serta kenderaan taktikal sepanjang operasi.

Menurutnya, selain anggota keselamatan, pelbagai agensi kerajaan, kumpulan masyarakat awam termasuk organisasi belia Islam terbesar negara itu akan membantu anggota keselamatan.

Selain menjaga keselamatan daripada serangan pengganas dan jenayah lain, lokasi lain yang turut dikawal membabitkan destinasi tumpuan pelancong, pusat beli belah, terminal, pelabuhan, lapangan terbang dan stesen kereta api.

Hotel-hotel juga telah mengambil langkah yang perlu demi memastikan keselamatan pelanggan yang tetap diberi keutamaan.

Lapangan terbang juga telah mengambil langkah segera meningkatkan tahap keselamatan.

Jurucakap polis, Jeneral Dedi Prasetyo, berkata pada 2023, lebih 48,000 gereja dan 1,904 lokasi sambutan Tahun Baru akan dikawal ketat anggota keselamatan.

Oleh itu, pihak polis telah menyediakan sistem trafik, seperti aliran trafik.


Polis Negara juga akan menyediakan kemudahan meletak kenderaan di balai polis, untuk pengembara yang mahu meninggalkan kenderaan mereka.

Orang ramai dinasihatkan supaya menjaga keselamatan semasa perjalanan pulang dan sambutan Tahun Baru.

Semua gereja di Indonesia dibuka sepanjang musim perayaan Krismas demi membolehkan para penganut Kristian menghadiri upacara-upacara keagamaan.

Indonesia sudah lama memerangi kumpulan militan dan berdepan beberapa serangan bom.

Pihak berkuasa menyatakan ia tidak mahu menyaksikan sejarah hitam berulang di mana satu siri serangan pengganas terancang berlaku sehari sebelum Krismas 22 tahun lalu.

Sebuah katedral dan beberapa lagi gereja di seluruh negara dijadikan sasaran dan 20 orang terbunuh. Beberapa bom turut dipasang di dua lagi gereja di bandar raya Surabaya, tetapi tidak meletup. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >