Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Ismail Sabri kritik keputusan usulan sidang, Umno nafi ada 'pengundi hantu'

Jan 16, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU2022) yang meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi tidak dicabar dalam pemilihan parti telah menimbulkan kekhuatiran tentang masa depan parti selain tuduhan tentang munculnya "pengundi hantu" yang mempengaruhi usulan itu.



Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu dikhuatiri akan menjejaskan kepercayaan pengundi muda kepada parti itu, bahkan menyebab mereka sukar untuk menarik minat orang muda kepada Umno dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN).



"Dalam perbahasan (mengenai ucapan dasar presiden) kami menimbulkan banyak persoalan mengenai mengembalikan kepercayaan di kalangan belia.



"Orang muda adalah idealistik. Mereka bercakap tentang hak asasi, demokrasi dan sebagainya. Dan sudah tentu mereka melihat apa yang kita lakukan bertentangan dengan idealisme mereka.



"Mereka nak sebuah parti yang terbuka, beri kebebasan, hak untuk bertanding, setiap parti mempunyai hak untuk bertanding, jadi tidak dipertandingkan," katanya menerusi siaran di Twitter semalam.



Perhimpunan Agung Umno 2022 kelmarin meluluskan semua usul termasuk cadangan tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti kekal tanpa bertanding dalam pemilihan parti akan datang.



Jawatan presiden parti dan timbalannya kini disandang oleh ahli parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan.



Datuk Ismail Sabri juga berkata, langkah Umno itu ke belakang kerana tidak selari dengan kehendak orang muda pada hari ini.



"Bukan sahaja tak menarik tapi menjauhkan orang muda kerana tidak ada keyakinan kepada UMNO," katanya lagi.



Sementara itu, Umno menyifatkan tuduhan wujud pengundi hantu yang dibawa masuk untuk meluluskan usul dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan sebagai tuduhan jahat, liar dan fitnah semata-mata.



Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wujudnya pengundi hantu bagi meluluskan usul tambahan berkenaan kelmarin, lapor Harian Metro.



Katanya, Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruddin juga diminta mengarahkan sesiapa yang tidak berkenaan keluar termasuk sekiranya terdapat bukan ahli perwakilan berada di dalam dewan.



"Kad yang tertera gambar perwakilan dipakai sepanjang persidangan dan jiran-jiran kerusi perwakilan saling mengenali malah pengacara juga umumkan supaya perwakilan duduk di kerusi masing-masing yang telah ditetapkan.



"Mengenai satu video tular yang menuduh beberapa individu sebagai pengundi hantu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sudah mengesahkan itu adalah pegawai-pegawai Skuad Sabil dalam kalangan Ketua Pemuda yang diamanahkan untuk mengurus dan menjaga keharmonian dalam dewan dan luar Dewan Merdeka ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) berlangsung.



"Lokasi video itu ialah di Bilik Terengganu iaitu bilik yang dikhususkan kepada Sekretariat Skuad Sabil," katanya dalam sidang media selepas acara angkat sumpah Ketua Kampung Daerah Pontian, di sini, hari ini.



Semalam, bekas Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin dilaporkan mendakwa wujud komplot 'Langkah Dewan Merdeka' untuk meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.



Encik Khairy dilaporkan mendakwa, 'tag' (tanda) pada kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan Umno ditanggalkan sebagai usaha membawa masuk 'perwakilan import' bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >