Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Ismail Sabri: Perlu perhebat usaha pasti BN kembali jadi kerajaan

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



SUNGAI SIPUT: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno berkata, semua ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) diminta agar tidak menuding jari kepada mana-mana pihak berikutan kekalahan parti pada PRU14.



Katanya, perkara yang telah berlalu tidak perlu ditangisi sebaliknya usaha perlu diperhebat lagi bagi memastikan BN kembali menjadi kerajaan dan menguasai Putrajaya.



"Kita lupakanlah PRU14, siapa salah atau siapa tidak salah, itu kita tidak perlu bincangkan lagi. Kita perlu bergerak ke hadapan, apa yang penting, bagaimana kita perlu menang dalam PRU15 ini.



"Jangan kita tangisi benda yang lepas, itu tidak akan merubah apa-apa. Yang penting kita belajar daripada kesilapan dan pastikan kita menang dan menjadi parti dominan dan kuasai semula Putrajaya. Itu sahaja sasaran kita, kita mahu menang," katanya.



Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi beramah mesra dengan penduduk di Felda Lasah.



Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dan calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Siput, Tan Sri SA Vigneswaran.



Datuk Ismail Sabri berkata demikian mengulas kenyataan dibuat Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, bahawa BN mungkin akan kekal berkuasa jika Datuk Seri Najib Razak tidak bertanding semasa PRU14.



Datuk Saravanan berkata masalah berkaitan imej Datuk Najib menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peralihan sokongan pengundi India sehingga BN tewas.



Datuk Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas rayuannya menentang keputusan bersalah dalam kes syarikat pelaburan kerajaan SRC International - ditolak.



Kes itu melibatkan RM42 juta ($12.6 juta).



Secara berasingan, mengulas mengenai pengumuman calon BN di Sungai Buloh, Encik Khairy Jamaluddin, bahawa beliau ingin membersihkan Umno, Datuk Ismail Sabri berkata beliau tidak tahu apa yang dimaksudkan Encik Khairy dan menggesa semua calon memberi tumpuan kepada usaha memenangi kerusi masing-masing.



Beliau berkata semua calon BN harus mengelak bercakap tentang polemik dalaman parti dan menumpukan usaha merampas semula Putrajaya.



"Apa sahaja pendapat beliau, saya kurang pasti kerana saya tidak bertanya kepadanya tentang maksud beliau (berkata demikian). Tapi kini, tumpuan kami adalah untuk menang," kata beliau.



"Isu sekarang ini adalah untuk hadapi pilihan raya, bukannya isu dalaman parti. Semua calon-calon perlu fokus kepada kawasan masing-masing untuk menang.



"Kurangkan polemik sesama kita. Apa yang penting, kita bergerak ke depan untuk menang, fokus kita bekerja adalah untuk menang. Yang lain-lain, kita letak tepi dulu," katanya semalam.



Di sesi ceramah di Sungai Buloh pada hujung minggu lalu, Encik Khairy berkata beliau ingin membersihkan imej Umno dan mengaku beliau tidak menyukai beberapa ahli parti.



Menurut Encik Khairy, jika beliau berjaya di Sungai Buloh, akan ada cabaran lebih besar di masa depan, termasuk mengorak perubahan bagi negara, Umno dan BN.



Dalam pada itu, Datuk Ismail Sabri merayu kepada pengundi di Parlimen Sungai Siput untuk membantu kemenangan Tan Sri Vigneswaran pada PRU15 kali ini.



Jelasnya, kemenangan Tan Sri Vigneswaran itu penting sebagai parti komponen terbesar dalam BN yang selama ini kekal pendirian berjuang dalam parti.



"Daripada dulu kita bersama, waktu susah waktu senang MIC bersama kita, MCA juga bersama kita.



"Waktu kita kalah orang lari. Orang dalam Umno yang menang pun melompat macam katak. Ada parti lain bergabung bersama kita lari, tetapi MIC dan MCA kekal setia bersama Umno dan BN.



"Jadi inilah masanya kita tunjukkan penghargaan kita terhadap pengorbanan MIC dan MCA ini," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >