Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel setuju henti tindakan ketenteraan di Gaza semasa Ramadan

Feb 28, 2024 | 01:44 PM



NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata Israel telah bersetuju untuk tidak terlibat dalam tindakan ketenteraan terhadap Hamas semasa Ramadan di Jaluran Gaza.


Menurutnya, negara Yahudi itu berisiko kehilangan sokongan daripada seluruh dunia kerana angka korban rakyat Palestin yang tinggi.

Encik Biden, yang membuat kenyataannya semasa penampilan di Late Night With Seth Meyers NBC, berkata Israel komited untuk membolehkan rakyat Palestin berpindah dari Rafah di selatan Gaza sebelum mempergiatkan kempennya di sana untuk memusnahkan Hamas.


Dalam ucapannya yang dirakamkan pada 26 Februari dan disiarkan pada 27 Februari, beliau berkata pada prinsipnya terdapat perjanjian untuk gencatan senjata antara kedua-dua pihak sementara tebusan dibebaskan.

“Ramadan akan menjelang, dan telah ada perjanjian oleh pihak Israel bahawa mereka tidak akan melakukan sebarang kegiatan ketenteraan sepanjang Ramadan.

“Mereka juga ingin memberi masa untuk membebaskan semua tebusan,” katanya.

Bulan Ramadan pada 2024 dijangka bermula pada petang 10 Mac hingga 9 April.

Encik Biden berkata gencatan senjata sementara akan meredakan hubungan dengan negara-negara jiran Israel dan memulakan proses untuk rakyat Palestin mempunyai negara sendiri.

“Ini memberi kita masa untuk bergerak ke arah yang sama, bersama-sama beberapa negara Arab yang lain. Contohnya, Arab Saudi bersedia mengiktiraf Israel; juga Jordan dan Mesir... ada enam negara lagi. Saya telah berbincang dengan Qatar,” kata Encik Biden.

“Jika kita mendapat gencatan senjata sementara itu, kita akan dapat bergerak ke arah yang mana kita boleh mengubah dinamik dan mendapatkan penyelesaian dua negara, satu proses untuk menjamin keselamatan Israel dan kemerdekaan Palestin,” ujar beliau.

Encik Biden berkata pada 26 Februari bahawa beliau berharap gencatan senjata dalam konflik itu dapat dilaksanakan menjelang 4 Mac.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah menolak idea penyelesaian dua negara.

Encik Biden, seorang Demokrat yang bertanding untuk pemilihan semula presiden pada 2024, telah menyaksikan kemerosotan sokongan dalam kalangan anak muda Amerika dan pengundi progresif berhaluan kiri, akibat sokongan padunya terhadap Israel dan angka kematian orang awam Palestin yang tinggi – mencecah lebih 30,000 orang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >