Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCA-PILIHAN RAYA UMUM KE-15 MALAYSIA

Jawatan DPM bukan keutamaan Sarawak: Abang Johari

Dec 03, 2022 | 05:30 AM



KUCHING: Jawatan timbalan perdana menteri (DPM) dalam Kabinet Persekutuan tidak pernah menjadi keutamaan Sarawak, kata Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.



Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata Sarawak tidak pernah meminta apa-apa balasan selepas memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), tetapi bagi Kerajaan Persekutuan menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).



"Pilihan raya lalu kita tak minta apa-apa, kita sertai pilihan raya, kita bertanding, dan kalau menang biarlah, tapi kita tak pernah minta balasan, lebih-lebih lagi berkaitan jawatan tertinggi Kabinet.



"Itulah sebab mengapa, soal DPM bukanlah keutamaan kami, kerana ia bukan dalam agenda kami untuk mendapatkan jawatan DPM, namun, jika orang beri, kami ambil, kenapa tidak," katanya pada Malam Apresiasi GPS 'Satu untuk Semua, Semua untuk Satu' di sebuah hotel malam kelmarin.



Jelasnya, beliau selalu menyebut apa yang Sarawak mahukan ialah haknya, MA63, yang lebih penting daripada jawatan DPM, lapor Malay Mail.



"Kerana itulah yang kita perjuangkan dan saya minta daripada perdana menteri baru untuk memenuhi apa yang termaktub dalam Perjanjian MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), itu sahaja.



"Jika ini berlaku, kita akan dapat mentadbir Sarawak, seperti yang selalu disebut mendiang Tok Nan, hanya rakyat Sarawak yang tahu hal ehwal Sarawak, dan kita akan mentadbir negeri ini berdasarkan MA63 serta IGC," katanya.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada parti komponen GPS yang telah menang agak besar pada PRU15 lalu, dengan gabungan itu berjaya memenangi 23 daripada 31 kerusi Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >