Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi minta Biden bantu tamatkan ‘kekejaman’ di Gaza

Nov 14, 2023 | 02:47 PM



WASHINGTON: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo yang sedang melakukan lawatan ke Amerika Syarikat, mendesak Presiden Joe Biden pada Isnin untuk melakukan lebih banyak lagi bagi menamatkan “kekejaman” di Gaza dan membantu mewujudkan gencatan senjata.


Perang Israel-Hamas membayangi rundingan itu, yang bertujuan untuk mempamerkan peningkatan dalam hubungan antara Indonesia dan Amerika, menjelang pertemuan Encik Biden dengan Presiden China, Encik Xi Jinping minggu ini.

“Indonesia merayu kepada Amerika untuk melakukan lebih banyak lagi bagi menghentikan kekejaman di Gaza,” kata Encik Jokowi, pemimpin negara majoriti Muslim dan paling ramai penduduk Islam di dunia, ketika kededua presiden itu bertemu, sedang konflik di timur-tengah semakin marak.

“Gencatan senjata adalah satu kemestian demi kemanusiaan,” kata Encik Jokowi.

Presiden Indonesia itu pada Ahad berkata, beliau akan menyampaikan kepada Encik Biden “mesej yang tegas” daripada sidang kemuncak bersama pemimpin Arab dan Islam di Riyadh pada hujung minggu, yang mengecam Israel dan menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan.

Encik Jokowi juga berkata beliau akan “menyampaikan mesej khusus daripada Presiden Mahmoud Abbas dari Palestin, yang meminta saya menyampaikannya kepada Presiden Biden,” mengenai perang.

Tetapi Encik Biden tetap fokus pada rancangan untuk meningkatkan kerjasama dengan Indonesia ke tahap tertinggi, yang dipanggil perkongsian strategik komprehensif.

Washington telah cuba membina pakatan di rantau Asia-Pasifik, ketika China semakin jelas menampakkan kehadirannya di rantau itu.

“Ini akan menandakan era baru hubungan antara Amerika Syarikat dan Indonesia secara menyeluruh, melibatkan banyak perkara,” kata Encik Biden.

Para pemimpin juga akan membincangkan kerjasama mengenai mineral kritikal untuk bateri kenderaan elektrik dan teknologi tenaga bersih lain, yang mana Indonesia mempunyai rizab yang besar, tambah beliau.

Selepas perbincangan di Pejabat Oval, kedua-dua pemimpin itu meminum teh di Bilik Kabinet Rumah Putih, ditemani beberapa para pegawai masing-masing.

Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Encik Biden dijadualkan bertemu Encik Xi di luar sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di San Francisco.

Washington dan Beijing berharap untuk menstabilkan hubungan di tengah-tengah persaingan yang semakin tegang untuk pakatan dengan negara-negara seperti Indonesia.

Indonesia dan negara lain akan memerhatikan rundingan antara pesaing kuasa besar itu, kerana “mereka mahukan situasi yang tidak berisiko konflik global,” kata seorang pegawai Amerika pada Ahad.

Encik Biden mendedahkan peningkatan yang sama kepada hubungan dengan Vietnam, semasa lawatan ke Hanoi pada bulan September.

Indonesia, seperti banyak negara membangun dan sedang membangun, telah menerima pelaburan dan pinjaman China yang besar, terutamanya untuk projek infrastruktur.

Tetapi kebimbangan global mengenai konflik Israel-Hamas berada dalam agenda di Washington, kerana mereka akan berada di San Francisco akhir minggu ini.

Pegawai Amerika telah berkata bahawa Encik Biden seterusnya akan menggesa rakan sejawatannya dari Indonesia, untuk mengambil “peranan yang lebih besar” dalam menyelesaikan situasi Timur Tengah.

“Saya fikir adalah penting untuk mendengar perspektif dari Indonesia mengenai konflik yang berterusan di Timur Tengah,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran Amerika, pada hari Ahad dalam panggilan dengan wartawan.

Ini termasuk “isu gencatan senjata” tetapi juga matlamat jangka panjang seperti penyelesaian dua negara selepas perang dan membina semula Jaluran Gaza yang hancur, kata pegawai Amerika itu.

Indonesia minggu lalu menafikan dakwaan Israel bahawa sebuah hospital yang dibina di Gaza menggunakan dana amal Indonesia terletak di atas rangkaian terowong Hamas. –AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >