Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Jordan pergiat usaha rundingan baru gencatan senjata di Gaza

Feb 13, 2024 | 03:26 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan Raja Abdullah dari Jordan, mengekalkan tekanan bagi gencatan senjata Israel-Hamas di Jaluran Gaza ketika ancaman serangan darat Israel memuncak di Rafah.


Pegawai kanan dari Amerika, Mesir, Israel dan Qatar dijangka bertemu di Kahirah untuk mengusahakan rangka kerja tiga fasa yang akan menyaksikan pembebasan tebusan dan mencapai gencatan senjata yang berpanjangan, kata sumber yang mengetahui perkara itu.

“Amerika sedang mengusahakan perjanjian tebusan antara Israel dengan Hamas yang akan membawa tempoh bertenang serta-merta dan berterusan di Gaza sekurang-kurangnya enam minggu,” kata Encik Biden kepada pemberita di Rumah Putih pada 12 Februari selepas perbincangan dengan Raja Abdullah.

Presiden Biden berkata tempoh rehat pertempuran selama enam minggu akan menyediakan asas “untuk membina sesuatu yang lebih berkekalan”.

Raja Abdullah pula menekankan betapa teruk dan terdesaknya nasib rakyat Palestin, terutamanya lebih sejuta orang awam yang mencari perlindungan di bandar Rafah, selatan Gaza.

“Kami tidak boleh berdiam diri dan membiarkan perkara ini berterusan. Kita perlukan gencatan senjata yang berkekalan sekarang. Perang ini mesti berakhir,” tegas beliau.

Israel melancarkan misi menyelamat pada 12 Februari bagi membebaskan dua tebusan Israel-Argentina yang ditahan oleh militan Hamas di Rafah.

Kedua-dua lelaki itu adalah antara 240 orang yang ditawan dalam serbuan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel yang mencetuskan perang Israel ke atas Gaza.

Stesen televisyen rasmi Penguasa Palestin, Palestine TV, berkata 74 orang terbunuh semasa operasi ketenteraan Israel di Rafah.


Tiada pengesahan segera daripada kementerian kesihatan Gaza, yang dikendalikan oleh Hamas.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata operasi yang berjaya itu menunjukkan bahawa tekanan ketenteraan perlu diteruskan di Gaza.

Beliau menepis kebimbangan antarabangsa mengenai rancangan Israel untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah, wilayah yang dikatakan Hamas masih kekal berada di sana.

Presiden Biden telah menunjukkan kegusaran yang semakin meningkat terhadap Encik Netanyahu kerana tidak mengendahkan nasihatnya supaya meminimumkan korban dan melindungi orang awam di Gaza.

Selepas perang lebih empat bulan, kebanyakan kawasan yang padat penduduknya musnah, dengan lebih 28,000 rakyat Palestin terbunuh dan 67,984 cedera, menurut pegawai kesihatan Gaza. Ramai lagi dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

Presiden Biden telah menuntut agar Israel tidak melakukan serangan darat di Rafah tanpa rancangan untuk melindungi orang awam Palestin yang berlindung di sana.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 12 Februari mempergiatkan gesaan bagi gencatan senjata dan menentang idea memindahkan orang awam di Rafah.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Encik Josep Borrell, berkata bahawa cara untuk mengurangkan korban awam di Gaza ialah menghentikan bekalan senjata ke Israel.

Amerika adalah pembekal senjata asing terpenting Israel, memberikan bantuan ketenteraan AS$3.8 bilion ($5.11 bilion) setiap tahun.

Encik Netanyahu minggu lalu menolak tawaran terbaru Hamas untuk gencatan senjata selama empat setengah bulan, di mana semua tebusan akan dibebaskan, Israel akan mengundurkan tenteranya dari Gaza dan persetujuan akan dicapai untuk menamatkan perang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >