Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

JPJ keluarkan lebih 14,500 notis kesalahan kenderaan semasa musim Raya

Apr 28, 2023 | 08:34 AM



IPOH: Sebanyak 14,514 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakala 500 motosikal disita dari 18 hingga 25 April menerusi Op Motosikal sempena Aidilfitri 2023.



Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 51,039 motosikal manakala sitaan kerana kesalahan tiada perlindungan insurans, lesen memandu dan lain-lain membabitkan 291 lokasi di seluruh negara.



Katanya, enam kesalahan utama yang dikesan ialah tiada lesen memandu membabitkan 4,583 notis; lesen kenderaan motor tamat tempoh (2,600 notis); tiada insurans (2,364 notis); lesen memandu tamat tempoh (168 notis); tidak memakai topi keledar (160 notis); dan tidak mematuhi lampu isyarat (120 notis).



"Menurut kajian, penggunaan topi keledar yang betul dapat mengurangkan kecederaan 25 peratus kepada pengguna motosikal.



"Oleh itu, langkah-langkah sokongan dan penguatkuasaan tegas akan terus dilaksanakan JPJ dari semasa ke semasa bagi menurunkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan pengguna motosikal," katanya pada satu sidang media, lapor Berita Harian Malaysia.



Terdahulu, beliau hadir pada Op Khas Motosikal bagi Perak sempena Op Bersepadu Aidilfitri 2023 di sini.



Datuk Lokman berkata bagi Op Khas Motosikal Perak dari 18 hingga 25 April, sebanyak 7,146 motosikal diperiksa dan daripada jumlah, sejumlah 1,313 motosikal diambil tindakan di bawah Akta 333.



Sementara itu, Datuk Lokman berkata dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan dan kemalangan maut pada musim perayaan ini, tindakan penguatkuasaan secara bersasar difokuskan kepada penunggang atau pembonceng motosikal di seluruh negara.



Katanya, ia berdasarkan rekod kemalangan maut pengguna motosikal bagi tempoh 2010 hingga 2022 adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan pengguna kenderaan lain iaitu melebihi 60 peratus.



Justeru, katanya, melalui Op Bersepadu peringkat kebangsaan 2023, JPJ melaksanakan strategi penguatkuasaan dan sokongan khas kepada pengguna motosikal bagi membudayakan pematuhan undang-undang jalan raya serta penerapan rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan khususnya punca kemalangan maut serta membahayakan pengguna lain.



"Dipohon kerjasama pengguna jalan raya khususnya penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika di jalan raya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >