Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah mangsa banjir M’sia mula turun

Dec 26, 2022 | 03:20 PM



SHAH ALAM: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 8,528 orang setakat 7 pagi Isnin (26 Dis)  yang melibatkan 2,552 keluarga, berbanding 8,847 orang pada 8 Sabtu malam (25 Dis).


Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), penurunan itu membabitkan kesemua negeri terlibat kecuali Sabah yang merekodkan peningkatan mangsa bencana itu daripada 1,431 kepada 1,476 orang.


Peningkatan yang berlaku di Sabah membabitkan 332 keluarga yang berada di empat daerah di negeri berkenaan ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).


Meskipun demikian, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersedia menggerakkan tenaga tambahan termasuk 33 Pasukan Gerak Cepat (Red Team) khususnya ke negeri Pantai Timur jika banjir luar jangka kembali melanda.


Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata ia juga termasuk pergerakan keanggotaan dan aset dari negeri lain yang akan diatur gerak bagi menampung keperluan dengan mengambil kira negeri yang teruk terjejas seperti Terengganu dan Kelantan baru-baru ini.


Beliau berkata ia bagi memastikan operasi menyelamat dan memindahkan mereka yang terjejas akibat bencana itu berjalan lancar. - BHM

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >