Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Kami diserang parti sendiri'

Feb 12, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, mengakui diserang parti sendiri ketika berada dalam jemaah menteri bersama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.



Dalam satu komen balas di laman sosial milik Datuk Ismail, Encik Khairy mengakui perkara itu namun berpuas hati kerana melakukan yang terbaik membawa negara keluar dari fasa pandemik, lapor Berita Harian Online.



"Memang betul kami diserang oleh parti sendiri sewaktu berada dalam jemaah menteri. Apa pun kita telah lakukan yang terbaik untuk negara. Keluar dari pandemik, pulihkan ekonomi. Anda boleh berbangga dengan (kejayaan) itu," katanya.



Encik Khairy berkata demikian sebagai komen balas kepada video yang dimuat naik oleh Naib Presiden Umno itu.



Dalam video berdurasi 1 minit 40 saat itu, Datuk Ismail meluahkan kekecewaan dan menjelaskan beliau menerima tekanan daripada Umno.



Datuk Ismail turut menjelaskan ada laporan yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai wawancaranya sebelum ini.



"Saya Perdana Menteri (daripada) Umno. Untuk mengukuhkan Umno masa itu, daripada 29 menteri Kabinet, 14 daripadanya adalah menteri Barisan Nasional walaupun kita hanya ada 42 kerusi Parlimen.



"Tetapi waktu itu, saya ditekan oleh pemimpin parti sendiri seperti saya bukan Perdana Menteri daripada Umno. Saya dilanyak waktu itu. Umno seolah-olah pembangkang waktu berkenaan," katanya.



Namun, kenyataan Datuk Ismail itu disangkal Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa pemimpin Umno dalam kerajaan pimpinannya sebelum ini "dilanyak" seperti pembangkang, disifatkan sebagai pandangan peribadinya.



"Itu pendapat beliau (Ismail Sabri). Selalunya begitulah apabila seseorang atau mana-mana tokoh yang sudah meninggalkan jawatan berpuluh tahun, lima tahun, sembilan tahun, 22 bulan, 17 bulan atau lebih 14 bulan, mereka merasakan kepimpinan yang diterajui mereka adalah terbaik dan selepas itu semua tak baik," kata Datuk Ahmad Zahid lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >