Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran di penjara Indonesia yang sesak bunuh sekurang-kurangnya 41 orang

Sep 08, 2021 | 06:46 PM



JAKARTA: Satu kebakaran di blok penjara yang sesak di wilayah Banten di Indonesia awal pagi Rabu (8 Sept) membunuh sekurang-kurangnya 41 orang dan mencederakan puluhan lain, kata jurucakap pemerintah dan laporan media.


Kebakaran itu, yang berlaku sekitar 1 pagi hingga 2 pagi di Blok C Penjara Tangerang, telah dipadamkan dan pihak berkuasa telah mengosongkan kemudahan itu, kata jurucakap jabatan penjara Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia, Cik Rika Aprianti.


“Puncanya sedang disiasat,” katanya.


Blok itu menempatkan banduan yang ditahan bagi kesalahan berkaitan dadah dan boleh memuatkan 122 orang, katanya.


Beliau tidak menyatakan berapa ramai orang yang ada di sana apabila kebakaran itu berlaku, tetapi mengesahkan penjara itu sesak.


Dua warga asing antara 41 tahanan yang terbunuh, menurut menteri hukum dan hak asasi manusia negara itu.


Encik Yasonna Laoly dalam satu sidang akhbar berkata warga asing itu berasal dari Afrika Selatan dan Portugal.



Penjara di Tangerang itu, sebuah hab perindustrian dan pembikinan dekat Jakarta, menempatkan lebih 2,000 tahanan, jauh lebih banyak daripada had muatan 600 orang, menurut data pemerintah pada September.


Sel dikunci pada waktu itu, kata menteri tersebut, tetapi dengan kebakaran di luar kawalan, “beberapa bilik tidak dapat dibuka.”


Terdahulu, Cik Rika dilaporkan berkata 122 banduan ditahan atas kesalahan berkaitan dadah di blok yang dibina untuk menampung 38 orang itu.


Pagi Rabu, televisyen tempatan menunjukkan rakaman kebakaran di kemudahan tahanan itu, dan kemudian rakaman bangunan itu yang hangus dijilat api sedang mangsa ditarik keluar dari tempat kejadian dalam beg mayat berwarna jingga.


Dr Hilwani dari Rumah Sakit Umum Tangerang memberitahu Reuters beberapa mayat begitu rentung hingga tidak dapat dikenal pasti.


“Kami mengesyaki ia disebabkan oleh litar pintas elektrik,” kata jurucakap polis Yusri Yunus kepada Metro TV, yang menukil laporan polis yang berkata 73 orang juga cedera ringan.


Pemasangan wayar elektrik di penjara itu tidak dinaik taraf sejak 1972 apabila penjara itu dibina, kata Encik Yasonna dalam taklimat pada Rabu.


Leopold Sudaryono, seorang pakar kaji jenayah dan calon PhD di Universiti Kebangsaan Australia, berkata keadaan sesak menyulitkan usaha pemindahan kecemasan.


“Di penjara Tangerang hanya ada lima pengawal yang bekerja satu syif untuk menjaga penjara dengan 2,079 orang,” katanya. “Jadi usaha pengesanan kebakaran dan evakuasi sukar dilakukan.”


Ketua penjara itu belum memberi komen tentang nisbah tahanan dengan pengawal, atau had muatan kemudahan tersebut.


Cik Rika memberitahu media tempatan bahawa 13 pengawal bertugas di kemudahan itu apabila kebakaran berlaku. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >