Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kedutaan Sweden di Baghdad dibakar dek rancangan bakar Al-Quran lagi di Stockholm

Bantah polis Sweden lulus permohonan protes di luar kedutaan Iraq di Stockholm, termasuk rancangan bakar Al-Quran dan bendera Iraq
Jul 20, 2023 | 02:36 PM



BAGHDAD: Beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Sweden di tengah Baghdad pada awal pagi Khamis dengan memanjat dinding dan membakarnya sebagai bantahan terhadap rancangan membakar Al-Quran di Stockholm.


Semua kakitangan kedutaan Baghdad selamat, kata pejabat akhbar Kementerian Luar Sweden dalam satu kenyataan mengutuk serangan itu dan menekankan peri perlu pihak berkuasa Iraq melindungi perwakilan diplomatik.

Bantahan tersebut dianjurkan oleh penyokong ulama Syiah, Muqtada Sadr untuk membantah rancangan kedua pembakaran Al-Quran di Sweden dalam beberapa minggu ini, menurut catatan dalam satu kumpulan Telegram popular yang dikaitkan dengan ulama berpengaruh itu dan media pro-Sadr yang lain.

Agensi berita Sweden TT melaporkan pada Rabu bahawa polis Sweden membenarkan satu permohonan untuk sebuah bantahan awam di luar kedutaan Iraq di Stockholm pada Khamis.


Permohonan itu menyebut pemohon merancang membakar Al-Quran dan bendera Iraq, lapor TT.


Dua orang bakal menyertai bantahan itu, menurut TT, sambil menambah bahawa salah seorang daripada mereka adalah orang sama yang membakar Al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm pada Jun.

Sebuah siri video yang disiarkan oleh One Baghdad, saluran Telegram popular yang menyokong Encik Sadr, menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar kedutaan Sweden sekitar 1 pagi Khamis (6 pagi waktu Singapura), melaungkan slogan pro-Sadr dan menyerbu kompleks kedutaan itu sekitar sejam kemudian.

Video tersebut kemudian menunjukkan asap keluar dari sebuah bangunan di kompleks kedutaan itu dan penunjuk perasaan berdiri di atas bumbungnya. Reuters tidak dapat mengesahkan ketulenan video tersebut.


Kementerian Luar Iraq mengecam insiden itu dengan berkata bahawa pasukan keselamatan telah diarahkan supaya segera menjalankan siasatan, mengenal pasti pelaku dan menahan mereka yang bertanggungjawab.

Menjelang subuh pada Khamis, pasukan keselamatan telah dikerahkan ke dalam kedutaan itu dan asap berkepul-kepul dilihat keluar dari bangunan itu sedang anggota bomba giat memadamkan kebakaran, kata beberapa saksi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >