Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kejadian tidak akan cetus krisis rantaian bekalan: Pakar

Mar 28, 2024 | 04:55 PM



WASHINGTON: Bencana keruntuhan jambatan yang menutup Pelabuhan Baltimore kepada laluan perkapalan pada 26 Mac mengakibatkan beberapa masalah logistik, tetapi tidak berkemungkinan mencetuskan krisis rantaian bekalan Amerika Syarikat yang besar.


Ini kerana pelabuhan-pelabuhan Pantai Timur yang bersaing bersedia mengendalikan lebih banyak kargo, menurut ahli ekonomi dan pakar logistik.

Namun masih tidak jelas berapa lama struktur besi besar Jambatan Francis Scott Key yang runtuh itu akan menyekat muara pelabuhan.

Pegawai pelabuhan dari New York ke Georgia sibuk mengemukakan pertanyaan mengenai mengalihkan kargo yang menuju ke Baltimore dari kontena ke kenderaan dan bahan pukal.

“Kami sedia membantu. Kami mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menyerap sebarang lonjakan trafik kontena,” kata jurucakap Pelabuhan Virginia, Encik Joe Harris, kepada Reuters.


Pelabuhan berpangkalan di Norfolk itu dijangka menjadi penerima utama kerana berdekatan dengan Baltimore, tetapi pelabuhan di Savannah dan Brunswick di Georgia juga bersedia menyerap sedikit trafik, kata jurucakap Penguasa Pelabuhan Georgia.

Setiausaha Pengangkutan Amerika, Encik Pete Buttigieg, memberitahu MSNBC pada 27 Mac bahawa walaupun ada banyak pelabuhan di Pantai Timur, “tiada yang dapat menggantikan Pelabuhan Baltimore” kerana ia pelabuhan Amerika paling baik untuk import dan eksport kenderaan, termasuk mesin ladang dan pembinaan.


Setiausaha Perbendaharaan, Cik Janet Yellen, berkata pasukan petugas rantaian bekalan persekutuan sedang bermesyuarat pada 27 Mac untuk menilai penutupan pelabuhan.

Tetapi beliau juga berkata pentadbiran Presiden Joe Biden “akan melakukan segala-galanya secepat mungkin” untuk membukanya semula.


“Jambatan Francis Scott Key di Maryland yang runtuh adalah satu lagi peringatan tentang keadaan Amerika terdedah kepada kejutan rantaian bekalan, tetapi peristiwa ini akan mempunyai implikasi ekonomi yang lebih besar untuk ekonomi Baltimore, daripada negara,” kata Encik Ryan Sweet, ketua ekonomi Amerika di Oxford Economics, dalam notanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >