Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘Kemenangan calon Presiden pemerintah ancam keamanan Taiwan’

Jan 11, 2024 | 02:42 PM



BEIJING/TAIPEI: Parti pembangkang terbesar China dan Taiwan, Kuomintang (KMT), memberi amaran tentang bahaya calon Presiden parti pemerintah Taiwan, Encik Lai Ching-te, boleh menimbulkan ancaman terhadap keamanan, jika beliau menang pilihan raya hujung minggu ini.


Taiwan akan mengadakan Pilihan Raya Presiden dan Parlimen, pada 13 Januari, yang sedang dipantau dengan teliti di peringkat antarabangsa, di tengah-tengah ketegangan geopolitik.

China mendakwa Taiwan adalah wilayahnya, tetapi pemerintah Taiwan membantah terhadap dakwaan itu.

China tidak mengemukakan calon pilihannya secara terbuka, atau menyatakan pilihan yang tepat, tetapi telah merangka undi sebagai keputusan antara perang dengan keamanan.

China dan KMT berkata Encik Lai dari Parti Progresif Demokratik, adalah penyokong berbahaya kemerdekaan rasmi pulau itu.

Encik Lai telah berulang kali menawarkan rundingan dengan China, tetapi ditolak.

Beliau berkata hanya rakyat Taiwan boleh menentukan masa depan mereka.

Pejabat Ehwal Taiwan China berkata dalam satu kenyataan, bahawa Encik Lai adalah “pekerja kemerdekaan Taiwan yang degil” dan jika beliau berkuasa, beliau akan terus mempromosikan kegiatan pemisah.

“Saya amat berharap, majoriti rakyat Taiwan menyedari akan bahayanya laungan ‘kemerdekaan Taiwan’ dan bahaya yang dicetuskan oleh Encik Lai Ching-te dalam konfrontasi dan konflik rentas Selat.

“Pengundi Taiwan harus membuat pilihan yang betul dan tepat dalam hubungan rentas Selat yang sedang berada di suatu persimpangan ini,” katanya dipetik agensi berita, Reuters.


Kementerian Luar Taiwan bertindak balas dengan mengecam China kerana “sekali lagi secara terang-terangan menakut-nakutkan rakyat Taiwan serta masyarakat antarabangsa” dan berusaha untuk menjejaskan pilihan raya.

China tidak pernah meninggalkan penggunaan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya dan sepanjang empat tahun lalu telah meningkatkan kegiatan ketenteraan di sekitar pulau itu, dengan kerap menghantar pesawat perang dan kapal perang ke Selat Taiwan.

KMT, yang secara tradisinya memihak kepada hubungan yang lebih rapat dengan China tetapi menafikan pro-Beijing, juga telah mengecam Encik Lai sebagai penyokong kemerdekaan.

Bercakap kepada wartawan asing di bandar berhampiran Taipei, New Taipei, pada 10 Januari, calon Naib Presiden KMT, Encik Jaw Shaw-kong, berkata bahawa jika Encik Lai menang, ketegangan kemungkinan besar akan meningkat walaupun sebelum 20 Mei, apabila Presiden Tsai Ing-wen menyerahkan kuasa kepada penggantinya.

“Tsai Ing-wen lebih rendah diri, tidak menjerit setiap hari tentang ‘kemerdekaan Taiwan’ dan Selat Taiwan sudah begitu tegang.

“Jika Lai Ching-te menang, adakah anda fikir situasi rentas selat akan lebih baik daripada sekarang?”

Encik Lai berkata 8 Januari bahawa beliau akan mengekalkan status quo di selat itu dan mengejar keamanan melalui kekuatan jika dipilih, tetap terbuka untuk terlibat dengan Beijing di bawah prasyarat kesaksamaan dan maruah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >