Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEMIMPIN ISLAM PERTAMA PARTI POLITIK UTAMA BRITAIN

Kenali pemimpin termuda Scotland

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



EDINBURGH: Encik Humza Yousaf, orang Islam pertama menjadi pemimpin sebuah parti politik utama Britain, bakal menghadapi perjuangan yang sukar untuk mengembalikan hasrat Scotland menuntut kemerdekaan, kerana lamanya rakan rapat beliau, Cik Nicola Sturgeon, memegang jawatan itu.



Kini, pemimpin Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang baru dan muda, berusia 37 tahun, berkata dengan pengalaman beliau sendiri, dari kaum minoriti, beliau akan berjuang melindungi hak semua kaum minoriti - termasuk gay dan transjanita.



Kelahiran Glasgow, Encik Yousaf mengucapkan sumpah dalam bahasa Inggeris dan Urdu, semasa pertama kali dipilih menjadi Anggota Parlimen Scotland pada 2011, sebelum maju menjadi orang Islam pertama berkhidmat dalam Kabinet negara itu.



Beliau disenangi oleh para penyokongnya kerana pintar berkomunikasi, yang boleh menyatupadukan parti, semasa SNP menghadapi kebuntuan dalam hal dasar berkaitan tuntutan kemerdekaan bagi Scotland.



Walaupun terdapat bantahan dari kerajaan Britain terhadap pungutan suara baru yang diadakan, dan ditolak oleh Mahkamah Agung, Encik Yousaf berikrar dalam ucapan kemenangannya pada Isnin, untuk mencapai kemerdekaan dalam generasi ini.



Dan, sedang isteri dan ibunya mengesat air mata, beliau memberikan penghormatan kepada datuk neneknya yang datang ke Scotland dari Pakistan dalam 1960-an dengan langsung tidak boleh berbahasa Inggeris ketika itu.



Mereka sedikit pun tidak membayangkan, yang suatu hari kelak cucu lelakinya akan menjadi pemimpin negara yang mereka datangi.



"Kita semua harus berbangga bahawa hakikatnya pada hari ini kita telah memberikan isyarat jelas: Bahawa warna kulit anda atau apa juga kepercayaan agama anda bukan satu halangan bagi anda memimpin negara ini yang kita panggil tanah air kita," kata Encik Yousaf.



Beliau juga berikrar akan percaya kepada diri sendiri, sebagai menteri utama Scotland.



Tetapi, dengan tidak mahu mengelakkan diri daripada beberapa perselisihan yang wujud semasa pimpinan Cik Sturgeon sebelumnya, beliau juga berkata akan tetap menghubungi mantan pemimpn yang berpengalaman itu untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.



Namun, ini membuat beliau dilihat sebagai kurang tegas kerana masih mahu dibayangi oleh mereka dari kelompok Cik Sturgeon.



Pada masa yang sama, beliau berjanji akan mengamalkan corak kepimpinan setia kawan.



SALAH GUNA PERKAUMAN



Dengan gerakan kemerdekaan terhalang selama lebih lapan tahun Cik Sturgeon menjadi menteri utama Scotland, kini Encik Yousaf mengambil alih dengan menghadapi krisis penjagaan kesihatan dan pendidikan, di bawah pengawasan SNP sendiri di Scotland.



Rekod beliau selaku menteri kehakiman dan penjagaan kesihatan, semasa pimpinan Cik Sturgeon, diburuk-burukkan sepanjang berkempen, oleh pesaingnya, Cik Kate Forbes, dan beliau juga harus memulihkan keadaan parti yang rosak gara-gara bersaing untuk pemilihan pucuk pimpinan.



Encik Yousaf berkata beliau menjadi semakin kukuh selepas menghadapi penyalahgunaan perkauman yang meningkat di Glasgow, terutama selepas serangan 9/11 di Amerika Syarikat.



Bapa beliau, kelahiran Pakistan adalah seorang akauntan yang berjaya di Glasgow.



Ibunya pula, dilahirkan di Kenya dari keluarga yang berasal dari Asia Selatan.



Encik Yousaf menuntut di Universiti Glasgow, pernah bekerja di 'call centre' sebelum menjadi penolong kepada ketua menteri yang juga pemimpin SNP, sebelum Cik Sturgeon, iaitu Encik Alex Salmond.



Encik Yousaf menyertai Kabinet Scotland pada 2012, memegang beberapa jawatan termasuk kehakiman, pengangkutan dan yang terakhir kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >