Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kenyataan Azmin mahu 'rehat dari politik' dibidas

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Wakil rakyat hanya boleh berehat daripada tanggungjawab apabila mereka memutuskan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya, kata timbalan ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Razeef Rakimin.



Kenyataan Razeef itu dibuat susulan tweet oleh Datuk Seri Mohamed Azmin, yang membayangkan bahawa beliau mahu berehat daripada politik.



Encik Razeef juga berkata, wakil rakyat bagi dewan negeri bagi Bukit Antarabangsa itu, masih mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada para pengundi sehingga tamat tempohnya.



"Tindakan Datuk Azmin itu menunjukkan beliau bukan seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab kepada para pengundinya.



"Saya percaya sekalipun beliau berehat, beliau masih menerima elaun sebagai wakil rakyat Bukit Antarabangsa," ujar Razeef.



Encik Razeef menambah, ramai menyuarakan pandangan bahawa mantan Anggota Parlimen (AP) Gombak itu, memutuskan untuk berehat kerana telah kehilangan kerusi Parlimen kepada bekas anak didiknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu.



"Saya ingin memberitahu Datuk Azmin bahawa apa yang beliau lalui hari ini adalah gara-gara mengkhianati PKR, Pakatan Harapan dan rakyat yang telah memberinya mandat sebagai wakil rakyat Gombak," kata Encik Razeef dalam satu kenyataannya pada Isnin.



"Saya ingin menasihatkan Datuk Azmin, jika beliau ingin berehat, beliau harus berehat sepenuhnya daripada politik, memandangkan kredibiliti beliau telah tercemar dan rakyat mungkin sudah tidak yakin terhadap pembelot seperti beliau itu, tidak kira berapa kali beliau kembali dalam politik," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >