Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keputusan rasmi pilihan raya mungkin 20 Mac

PILIHAN RAYA INDONESIA 2024
Mar 19, 2024 | 12:35 PM



JAKARTA: Seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Encik August Mellaz, tidak menolak kemungkinan keputusan pilihan raya negara itu akan dikeluarkan pada 20 Mac.


“Ya, boleh (untuk menentukan keputusan pilihan raya pada 20 Mac), tetapi yang penting kita ada masa hingga 20 Mac,” katanya di Pejabat KPU pada 18 Mac.

Menurutnya, hingga hari ke-20 pengiraan semula yang sedang dijalankan, KPU telah membenarkan pengiraan semula undi di 33 daripada 38 wilayah di Indonesia.

KPU turut dijadual membenarkan pengiraan semula undi di wilayah Papua Barat Daya dan Jawa Barat.

Suruhanjaya itu pada 19 Mac memuktamadkan keputusannya mengenai tiga wilayah yang tidak terlibat dalam pengiraan semula, kata Encik Mellaz.

Tiga wilayah itu ialah Maluku, Papua, dan Tanah Tinggi Papua.

“Melihat ada proses yang sedang berjalan, saya rasa kita telah selesaikan (pengiraan semula undi) pada 18 Mac, dan kita akan dapat menyelesaikan semua tarikh akhir pengiraan semula pada 19 Mac,” katanya, lapor Tempo.Co.

Menurutnya, keputusan pilihan raya akan dibincangkan dalam mesyuarat pleno.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan apakah keputusan itu akan diumumkan secara langsung pada 20 Mac.

“Boleh jadi begitu, tetapi sudah tentu kita akan membincangkannya terlebih dahulu dalam pleno,” katanya.

Pilihan Raya Umum 2024 Indonesia telah diadakan untuk memilih presiden dan naib presiden, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dewan Perwakilan Daerah (DPD), dan Dewan Undangan Daerah (DPRD) peringkat provinsi, kota, dan daerah.

Senarai pengundi tetap bagi pilihan raya itu ialah 204,807,222 orang.

Selaras dengan Peraturan KPU Nombor 3 Tahun 2022, pengiraan semula undi nasional untuk pilihan raya telah dijadualkan dari 15 Februari hingga 20 Mac.


Sementara itu, Kementerian Ehwal Luar Indonesia pada 8 Mac menjawab pertanyaan anggota Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Bacre Waly Ndiaye, mengenai sikap berkecuali Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo dalam pilihan raya itu.


Dalam sesi pada 12 Mac di Geneva, Encik Ndiaye berkata terdapat dakwaan campur tangan Encik Jokowi dalam pilihan raya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >