Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerja pemulihan, bersihkan kawasan runtuh di Pelabuhan Baltimore bermula

Mar 29, 2024 | 04:25 PM




BALTIMORE, Maryland: Jentolak, kren dan mesin besar lain telah tiba di kawasan sekeliling jambatan yang runtuh di pelabuhan Baltimore pada 28 Mac, dengan pihak berkuasa beralih kepada usaha membersihkan kawasan itu.

Pihak berkuasa berkata lagi banyak kerja-kerja harus dilakukan sebelum pelabuhan utama di Amerika Syarikat itu boleh dibuka semula.

Antara kerja-kerja pemulihan paling sukar yang perlu dilaksana ialah mengangkut sisa keluli yang pernah membentuk Jambatan Francis Scott Key sebelum ia runtuh ke dalam Sungai Patapsco  dan mengadang laluan masuk ke Pelabuhan Baltimore.

Ini selepas Dali, kapal kontena besar sepanjang 1,000 kaki merempuh jambatan itu pada 26 Mac.

Gabenor Maryland, Encik Wes Moore berkata jurutera tentera sedang mengalihkan kren terbesar dari kawasan Eastern Seabord ke Baltimore untuk menyertai operasi.

Laksamana Muda Pengawal Pantai Shannon Gilreath berkata:

“Sebelum kami boleh mengangkat sisa jambatan, kami harus memikirkan bagaimana hendak memotong bahagian yang lebih besar kepada bahagian atau saiz yang lebih sesuai untuk diangkat.”

Menambah, beliau berkata usaha mencari tubuh empat lelaki yang masih hilang telah dihentikan.

“Perairan sangat gelap dan sisa jambatan begitu tebal sehingga para penyelamat tidak dapat melihat lebih dua kaki di depan mereka,” kata Encik Moore lagi.

Pegawai kanan di Rumah Putih, Encik Tom Perez, semasa bercakap dengan MSNBC, berkata keadaan tersebut amat sensitif, kerana kawasan itu jni menjadi ‘tempat persemadian’ empat bapa, empat adik-beradik dan empat anak’. 

Empat lelaki itu, kesemuanya berdarah Latin, dipercayai terbunuh semasa kapal kontena sepanjang 1,000 kaki yang berdaftar di Singapura itu hilang kawalan dan meempuh tiang sokongan jambatan.

Menyusuli itu, hampir kesemua bahagian jambatan keluli itu runtuh.

Empat pekerja yang maut itu sebahagian daripada lapan orang yang melakukan kerja-kerja pembaikan yang sedang bekerja syif malam.

Dua pekerja diselamatkan sejurus selepas jambatan runtuh. Dua lagi mayat ditemui pada 27 Mac.

“Simpati kami bersama keluarga mangsa,” kata Encik Moore, yang menerusi pejabatnya telah membentuk dana bantuan kecemasan bagi keluarga yang terjejas.

“Kami memohon maaf atas tragedi ini. Usaha pembaikan tidak akan mengambil masa beberapa jam, hari atau minggu. Namun kami mempunyai perjalanan yang lebih jauh.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >