Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kesesakan ‘mudik’ rakyat Indonesia dijangka berterusan dua hari selepas Lebaran

Apr 09, 2024 | 04:07 PM



JAKARTA: Walaupun berjuta-juta kenderaan telah meninggalkan Jakarta untuk pulang ke kampung halaman mereka semasa musim mudik Aidil Fitri, sebilangan besar dilaporkan masih belum berlepas, kata pengendali tol milik pemerintah PT Jasa Marga.

Pengendali lebuh raya menjangkakan trafik sesak di jalan tol di Jawa sejak minggu lalu akan berterusan sehingga Jumaat, dua hari selepas Aidilfitri.

“Menjelang petang Isnin (8 April), kami mengira kira-kira 40 peratus orang masih belum mudik, berjumlah sekitar 750,000 kenderaan,” kata Presiden Pengarah Jasa Marga, Encik Subakti Syukur pada sidang media pada lewat malam Isnin, 8 April seperti dipetik oleh Kumparan.

Menurut Jasa Marga, 1.23 juta kenderaan telah meninggalkan Jakarta dari Rabu minggu lalu, 3 April lalu. Angka ini adalah 51.5 peratus lebih tinggi daripada hari biasa, dan 2.2 peratus lebih tinggi daripada musim perayaan tahun 2023, lapor CNBC Indonesia. Majoriti kenderaan ini menuju ke timur ke Jawa Tengah, Jawa Timur dan Yogyakarta lapor The Jakarta Post.

Seorang warga Indonesia, Aditya Nugraha, 21 tahun, menempuh perjalanan lebih 500 kilometer (km) dari ibu kota Jakarta ke kampung halamannya di Palembang, Sumatera untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Lebaran disambut menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan dan di Indonesia sahaja, ia diraikan lebih 220 juta orang, populasi muslim terbesar dunia.

Aditya adalah seorang daripada jutaan rakyat yang pulang ke kampung halamannya dan pergerakan itu dikenali ‘mudik’ yang biasanya menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk, terutamanya di pulau utama Jawa.

“Kami bertolak dari rumah malam tadi sekitar jam 9 pagi, dan kini sudah 13 jam tetapi kami masih terperangkap dalam kesesakan yang sangat panjang ini.

“Mudah-mudahan akan ada penyelesaian untuk perkara ini tidak lama lagi,” kata Aditya kepada Reuters, semalam sambil menunggu feri melalui pelabuhan di bandar Merak untuk menyeberang dari Jawa ke Sumatera.

Rakaman dron, semalam juga menunjukkan ribuan kenderaan beratur memasuki feri, manakala banyak lagi berada di atas jalan di luar Merak, menuju ke pelabuhan itu.

Kementerian Pengangkutan, berkata penduduk yang tinggal di Jakarta, mula meninggalkan bandar padat 11 juta orang itu pada hujung minggu lalu.

Menurut tinjauan kementerian itu, kira-kira 193 juta orang dijangka melakukan perjalanan ketika perayaan tahun ini, meningkat 56 peratus berbanding Aidilfitri tahun lalu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >