Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua penjara Filipina nafi gali terowong di kompleks penjara

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Ketua sebuah penjara di Filipina yang dituduh mengarahkan pembunuhan seorang wartawan yang didakwa menggali sebuah lubang besar di sebelah rumahnya di kompleks penjara Manila bukanlah terowong melarikan diri untuk banduan sebaliknya menyatakan ia adalah sebuah kolam untuk menyelam skuba.



Dianggarkan sedalam 60m dan lebar 40m, lubang ternganga itu ditemui di kediaman rasmi Encik Gerald Bantag selepas beliau digantung tugas sebagai ketua pengarah Biro Penjara.



Polis menuduh Encik Bantag mengarahkan pembunuhan penyiar radio terkemuka, Encik Percival Mabasa, yang ditembak mati di luar rumahnya di ibu negara bulan lalu.



Encik Bantag telah menafikan terlibat dalam pembunuhan tersebut.



Encik Bantag, yang kekal bebas sementara pendakwa raya memutuskan sama ada terdapat cukup bukti untuk mendakwanya, telah mengakui kepada media tempatan bahawa dia mengarahkan penggalian itu.



Dia berkata, dia seorang penyelam skuba dan mahu mencipta "kolam renang terdalam di Manila", menurut satu wawancara yang disiarkan awal bulan ini.



Tetapi sebuah lagi kolam renang berukuran kira-kira 25m panjang telah pun dibina hanya beberapa meter dari lubang berkenaan.



Encik Bantag menafikan lubang itu direka bentuk untuk menjadi terowong melarikan diri untuk banduan yang dikurung di dalam Penjara Bilibid Baru yang sesak, yang kawasan luasnya mengandungi bekas rumah Encik Bantag.



Encik Bantag dilantik sebagai ketua penjara pada September 2019 oleh Presiden Rodrigo Duterte ketika itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >