Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua pondok pesantren Indo ditahan; didakwa hina, seleweng ajaran Islam

Ketua Pondok Pesantren Al Zaytun, Panji Gumilang, dikenakan beberapa pertuduhan jenayah
Aug 03, 2023 | 12:33 PM



JAKARTA: Encik Panji Gumilang, pengasas dan ketua Pondok Pesantren Al Zaytun, dinamakan sebagai suspek kes penistaan agama pada Selasa berikutan laporan bahawa sekolah itu telah mengajar para pelajarnya menentang asas ajaran Islam.


Keputusan itu diambil selepas Polis Negara mengadakan pendengaran kes melibatkan semua penyiasat kes itu, kata Brigedier Jeneral Djuhandhani Rahardjo Puro, pengarah bahagian jenayah am.

“Pendengaran itu menghasilkan keputusan untuk menamakan Panji Gumilang sebagai suspek,” kata Brig-Jen Djuhandhani kepada pemberita.

Polis mengenakan beberapa pertuduhan jenayah terhadap ulama warga emas itu, termasuk melanggar undang-undang transaksi elektronik dan maklumat.

“Penyiasat segera mengeluarkan waran tangkap terhadap Panji Gumilang yang kini sedang menjalani soal siasat sebagai suspek,” kata pegawai itu.

Encik Panji, 77 tahun, sebelum ini pernah dikaitkan dengan gerakan menubuhkan negara Islam di Indonesia.

Pihak berkuasa undang-undang mendakwa bahawa beliau mempunyai ratusan akaun bank di bawah nama berbeza.

Siasatan yang sedang dijalankan tertumpu kepada dakwaan bahawa pondok pesantren di bandar Indramayu, Jawa Barat, membenarkan lelaki dan wanita solat bersama-sama dalam saf yang sama semasa Aidilfitri dan membenarkan seorang wanita menjadi imam solat berjemaah.

Beliau juga dilaporkan membuat kenyataan kontroversi yang mendakwa bahawa Al-Quran “dicipta oleh Nabi Muhammad”.

Kali pertama namanya mendapat sorotan ketika Pondok Pesantren Al Zaytun mengadakan demonstrasi di bawah gagasan Forum Indramayu Menggugat (FIM) pada 15 Jun lalu.

Mereka antara lain menuntut agar kes dakwaan aliran sesat di pondok pesantran tersebut dibatalkan.

Pemerintah pusat dan pemerintah daerah turut menyoroti apa yang terjadi di pondok pesantran tersebut.

Bahkan, Gabenor Jawa Barat segera membentuk pasukan bagi menyiasat kegiatan mereka.

Para anggota pasukan itu terdiri daripada golongan pendidik, pewagai undang-undang, Majlis Ulama Indonesia (MUI), dan pegawai pemerintah provinsi Jawa Barat.

MUI sebelum ini telah menggesa pihak berkuasa supaya segera menahan Encik Panji kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Timbalan Setiausaha Agung Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia di MUI, Ikhsan Abdullah, berkata kajian MUI mendapati wujud beberapa penyelewengan fahaman agama yang diajarkan di pondok pesantren berkenaan.

Katanya, MUI menganggap Encik Panji telah menghina Islam kerana ajaran yang disampaikannya di Yayasan Al Zaytun didakwa menyimpang dari syariat Islam.

“Kajian MUI yang dibentangkan pada 2002 menjelaskan Pondok Pesantren Al Zaytun terdedah kepada gerakan Negara Islam Indonesia (NII).

“Panji Gumilang menyatakan dengan jelas, Al-Quran bukanlah kalam Allah tetapi kalam Nabi Muhammad.

“Dia menyatakan tidak perlu ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji, tetapi ibadah di Al Zaytun sudah memadai. Ajaran ini menghina, menyeleweng dari syariat Islam serta menyebarkan berita yang tidak benar dan meruntuhkan akidah umat Islam,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >