Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

AS, Korea S dan Jepun kecam keras tingkah laku China di Laut China Selatan

Pemimpin tiga negara akur perdalam kerjasama tentera, ekonomi semasa sidang puncak
Aug 19, 2023 | 12:25 PM



CAMP DAVID (Maryland): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan pemimpin Korea Selatan serta Jepun bersetuju untuk memperdalam kerjasama ketenteraan dan ekonomi, dan secara bersama menyuarakan kecaman paling keras mereka terhadap “tingkah laku berbahaya dan agresif” China di Laut China Selatan.


Pentadbiran Biden mengadakan sidang puncak bersama pemimpin sekutu utama Amerika di Asia iaitu Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk Yeol, dan Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, di Camp David dalam usaha memaparkan perpaduan dalam menghadapi kuasa China yang kian meningkat dan ancaman nuklear Korea Utara.

Dalam satu kenyataan sidang puncak, tiga negara itu komited untuk berunding dengan segera dengan satu lain ketika krisis dan menyelaras respons terhadap cabaran, provokasi dan ancaman serantau yang menjejas kepentingan bersama.

Mereka juga bersetuju mengadakan latihan ketenteraan setiap tahun dan berkongsi maklumat masa nyata mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara menjelang akhir 2023, selain berikrar mengadakan sidang puncak tiga hala tahunan.

Walaupun komitmen politik itu bukan pakatan tiga penjuru secara rasmi, ia menunjukkan langkah berani diambil Seoul dan Tokyo yang mempunyai sejarah pergeseran panjang berpunca daripada pemerintahan penjajah Jepun yang keras di Korea dari 1910 hingga 1945.

Sidang puncak di rahat presiden di Maryland itu adalah pertemuan khusus pertama antara Amerika, Jepun dan Korea Selatan hasil usaha pemulihan hubungan Encik Yoon. 

Ia juga didorong tanggapan bersama mengenai ancaman yang ditimbulkan China dan Korea Utara, serta Russia selepas Moscow mencerobohi Ukraine.

Bahasa yang digunakan tiga pemimpin itu terhadap China dilihat lebih kuat daripada dijangka dan berkemungkinan mencetuskan respons Beijing, yang merupakan rakan perdagangan penting Korea Selatan dan Jepun.

“Mengenai tingkah laku berbahaya dan agresif yang menyokong tuntutan maritim menyalahi undang-undang yang kita saksikan baru-baru ini oleh Republik Rakyat China di Laut China Selatan, kami menentang dengan keras sebarang percubaan sepihak untuk mengubah status quo di perairan Indo-Pasifik itu,” ujar kenyataan tersebut.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Encik Liu Pengyu, berkata masyarakat antarabangsa boleh menilai pihak mana yang meningkatkan ketegangan.

“Percubaan menggabungkan pelbagai kumpulan eksklusif dan membawa konfrontasi blok dan blok ketenteraan ke Asia Pasifik tidak akan mendapat sokongan dan akan hanya disambut dengan langkah berwaspada serta tentangan oleh negara serantau,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >