Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Langkah Thai keluarkan ganja dari senarai narkotik cetus reaksi

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH Thailand mengeluarkan tumbuh-tumbuhan ganja daripada senarai narkotik telah mencetuskan reaksi di negara lain, yang memberi amaran kepada pelancong terhadap kesalahan memiliki atau penggunaan ganja yang masih menyalahi undang-undang di banyak negara.



Kedutaan Thai di negara seperti Indonesia, Korea Selatan dan Jepun juga telah menasihatkan rakyat Thailand supaya tidak membawa ganja atau produk berkaitan ke negara-negara tersebut, kerana mereka boleh menghadapi hukuman penjara, denda berat atau hukuman mati jika ditangkap.



Sementara itu, negara seperti Singapura dan China turut mengingatkan rakyat di luar negara agar tidak menggunakan ganja dalam apa jua bentuk.



"(Di bawah) Akta Penyalahgunaan Dadah, mana-mana warganegara Singapura atau penduduk tetap yang didapati mengambil dadah terkawal di luar Singapura juga akan bertanggungjawab atas kesalahan pengambilan dadah itu," kata Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB), sambil menambah bahawa pemeriksaan dilakukan secara berkala di pelbagai pusat pemeriksaan.



Mereka yang disabitkan kesalahan mengambil dadah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga $20,000.



Dalam responsnya kepada akhbar The Straits Times (ST) mengenai ganja yang disahkan di Thailand, CNB berkata desakan kuat oleh pihak yang mempunyai "kepentingan tertentu" dan "melobi sengit" telah membawa kepada lebih banyak undang-undang dadah yang lebih longgar di beberapa negara.



Tetapi ia menolak pandangan penyokong bahawa ganja adalah ubat "lembut" dengan faedah perubatan.



CNB berkata bukti saintifik telah menunjukkan bahawa ganja membawa kepada ketagihan dan berbahaya, menukil badan dunia seperti Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa dan kajian yang menarik perhatian tentang kesan buruk penggunaan ganja jangka panjang, seperti peningkatan risiko mengalami gejala psikotik atau skizofrenia.



Menangani peningkatan makanan yang mengandungi ganja di negara lain, seperti gula-gula dan kek, CNB berkata ini dipasarkan secara tidak bertanggungjawab sebagai bahan yang boleh dimakan dan tidak berbahaya.



"Produk ini yang ditampilkan sebagai tidak berbahaya mungkin menarik minat belia yang tidak curiga untuk mengambilnya, mabuk, dan berisiko mengambil dos berlebihan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >