Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lawatan Maliki ke Dubai, Abu Dhabi, pererat lagi hubungan dua hala S'pura-UAE, bincang cara urus Covid-19

Oct 25, 2021 | 09:14 PM



HUBUNGAN dua hala antara Singapura dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE) diperkukuh lagi dengan situasi Covid-19 di kedua-dua negara turut dibincangkan.



Inilah antara teras lawatan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), ke Abu Dhabi dan Dubai dalam rangka lawatan kerja beliau ke UAE antara 23 dengan 25 Oktober.



Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (25 Oktober),  menjelaskan Dr Maliki telah bertemu Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa, Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan dalam lawatannya itu.



Dr Maliki telah menyampaikan ucap tahniahnya kepada Sheikh Abdullah di atas sambutan Jubli Emas UAE pada Disember 2021 di samping pemilihannya menjadi tuan rumah acara Expo 2020 Dubai yang kali pertama dianjurkan di Timur Tengah.



Menurut MFA lagi, Dr Maliki telah berkunjung ke Pavilion Singapura di ekspo berkenaan yang mengetengahkan pengalaman Singapura dalam mengatasi keterbatasan fizikalnya sebagai negara kota berupa pulau kecil dalam mencapai matlamat menjadi kota mampan yang sesuai didiami.



Secara berasingan, Dr Maliki telah bertemu Pengerusi Jawatankuasa Agung Pengurusan Krisis dan Bencana, Sheikh Mansoor Mohammed Al Maktoum. Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai cara mengurus Covid-19 sedang banyak negara kini membuka semula dan beralih ke situasi norma baru.



Dr Maliki, tambah MFA, juga bertemu Menteri Pendidikan UAE, Hussain Ibrahim Al Hammadi bagi membincangkan cabaran yang dibawa pandemik Covid-19 terhadap sistem pendidikan. Kedua-duanya bersetuju terdapat skop bagi lebih banyak kerjasama antara Singapura dan UAE dalam bidang pendidikan.



Dalam kunjungannya, Dr Maliki turut bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan, Ehwal Dalaman dan Luar bagi Majlis Nasional Bersekutu UAE, Dr Ali Rashid Al Nuaimi. Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan jujur mengenai perkembangan serantau.



Selain itu, Dr Maliki juga bertemu secara berasingan dengan beberapa warga Singapura di Abu Dhabi dan Dubai. Beliau juga dibawa menjelajah Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed Bin Zayed.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >