Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 120 maut dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Gujarat

Oct 31, 2022 | 08:32 PM



AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 120 orang mati apabila sebuah jambatan gantung di India runtuh, kata seorang polis pada Isnin (31 Okt), memberi angka korban yang baru yang sebelumnya dikatakan seramai 81 orang.


“Kami telah menemui 120 mayat sejauh ini. Angka itu dijangka meningkat, sedang pasukan penyelamat meneruskan operasi,” kata Encik P. Dekavadiya, ketua polis di bandar barat Morbi, tempat kejadian itu yang berlaku pada Ahad (30 Okt).


Media di India melaporkan, kanak-kanak juga adalah di antara yang terkorban. Berpuluh orang dikatakan cedera, jelas polis.


Lebih 400 orang dikatakan berada di atas dan sekitar jambatan gantung yang runtuh itu, yang dibina semasa zaman penjajahan Inggeris dulu.


Menteri Dalam Negeri wilayah itu, Encik Harsh Sanghavi, berkata lebih 150 orang berada di atas jambatan yang merentangi Sungai Machhu itu, terletak di bandar Morbi.


Agensi berita India, Press Trust of India memetik satu sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata jambatan itu runtuh gara-gara tidak dapat menampung terlalu ramai orang yang berada di situ.


Rakaman yang ditayangkan di saluran TV menunjukkan berpuluh orang bergayut pada kabel jambatan gantung yang roboh itu, sedang pasukan penyelamat darurat bertungkus lumus cuba menyelamatkan mereka.


Ada yang berpaut pada struktur jambatan yang pecah untuk cuba merapat ke tebing sungai.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >