Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 120 maut gempa di daerah pergunungan China

Dec 19, 2023 | 01:00 PM



BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan daerah terpencil dan pergunungan di pinggir utara dataran tinggi Qinghai-Tibet dinihari 19 Disember, mengakibatkan lebih 120 orang maut dan mencederakan 230 yang lain, menurut media pemerintah China.


Gempa bumi itu melanda daerah Jishishan di wilayah barat laut China, Gansu, pada tengah malam waktu tempatan, pada kedalaman 10 kilometer, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Usaha menyelamat dan bantuan sedang dijalankan, dan kumpulan kerja telah dihantar untuk menilai kesan bencana itu, kata media pemerintah, dengan jumlah orang yang hilang akibat gempa itu masih belum diketahui.

Presiden China, Encik Xi Jinping, menyeru usaha berterusan dalam kerja mencari dan bantuan serta memastikan keselamatan mangsa yang terselamat dan harta benda mereka.

Gempa bumi sering terjadi di wilayah barat seperti Gansu, yang terletak di sempadan timur dataran tinggi Qinghai-Tibet, iaitu kawasan aktif gempa.

Gempa paling dahsyat di China dalam beberapa dekad kebelakangan ini adalah pada 2008 apabila gempa bumi berukuran 8.0 magnitud melanda Sichuan, mengorbankan hampir 70,000 orang.

Pusat gempa terbaru itu adalah lima kilometer dari sempadan antara Gansu dan wilayah jiran. Gegaran kuat dirasai di banyak bahagian wilayah Qinghai, kata agensi berita rasmi Xinhua.


Kira-kira 2,200 anggota penyelamat dari pasukan bomba wilayah dan briged hutan serta pasukan penyelamat kecemasan profesional telah dihantar ke zon bencana, lapor Xinhua, sambil menambah bahawa tentera dan polis turut terlibat dalam kerja menyelamat.


Suruhanjaya kebangsaan China untuk pencegahan, pengurangan dan bantuan bencana serta Kementerian Pengurusan Kecemasan telah mengaktifkan kecemasan bantuan bencana peringkat empat, tambah agensi berita itu.

Memandangkan kawasan bencana berada di kawasan altitud tinggi di mana cuaca sejuk, usaha menyelamat sedang dijalankan untuk mencegah bencana susulan yang disebabkan oleh faktor di luar gempa, kata Xinhua.


Suhu di Linxia, Gansu, berhampiran tempat gempa berlaku, adalah kira-kira di bawah sifar 14 darjah Celsius pada pagi 19 Disember.

Sebahagian besar China sedang bergelut dengan suhu beku ketika gelombang sejuk yang bermula minggu lalu terus melanda seluruh negara.

Beberapa kemudahan prasarana seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan, komunikasi dan yang lain telah rosak, tetapi para pegawai tidak memberikan butiran lanjut.

Bekalan kuasa tenaga ke kawasan yang dilanda gempa sedang dipulihkan secara beransur-ansur, selepas pengendali grid wilayah menghantar 18 pasukan pembaikan kecemasan, kata televisyen pemerintah, CCTV.


Rakaman video dan gambar di media sosial menunjukkan runtuhan di sekitar bangunan runtuh dan penduduk berdiri di kawasan lapang dalam gelap, beberapa di antara mereka kelihatan berhimpit dalam selimut tebal.

Dikejutkan oleh gempa bumi, penduduk meninggalkan bangunan mereka dan memandu keluar ke kawasan terbuka untuk keselamatan, lapor media tempatan Jimu.


Di sebuah universiti di Gansu, pelajar yang memakai jaket, dilihat berligar-ligar secara berkumpulan di luar asrama mereka menyusuli gegaran gempa bumi itu.

Analisis awal menunjukkan bahawa gempa itu adalah jenis berpecah, satu daripada tiga di atas magnitud 6.0 yang melanda dalam lingkungan 200 kilometer dari pusat gempa sejak 7 malam waktu tempatan, menurut CCTV lagi.


Sebanyak sembilan gegaran susulan pada magnitud 3.0 dan ke atas direkodkan pada pagi 19 Disember, dua daripadanya sekurang-kurangnya 4.0 pada skala magnitud, kata CENC. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >