Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 30 bayi pramatang dipindah dari Hospital Al-Shifa ke Rafah

Nov 20, 2023 | 01:31 PM



GAZA: Kru ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin telah memindahkan 31 bayi pramatang daripada Hospital Al-Shifa pada Ahad yang diselaraskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), kata kumpulan itu dalam catatan di laman Facebooknya.


Bayi-bayi itu dipindahkan ke selatan Gaza “sebagai persediaan untuk pemindahan mereka ke Hospital Emirates di Rafah”, tambah kumpulan itu.

Encik Ashraf al-Qidra, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikawal Hamas, menyatakan bahawa bayi-bayi itu telah dipindahkan ke Hospital Tal Alsultan di Rafah dan akan dihantar ke hospital Mesir bersama keluarga mereka pada Isnin.

Pasukan WHO berkata seramai 291 pesakit masih ditinggalkan di Hospital Al-Shifa selepas tentera Israel meminta para pesakit dipindahkan. Mereka yang dipindahkan termasuk bayi dalam keadaan sangat kritikal, pesakit trauma dengan jangkitan penyakit dan pesakit yang cedera tulang belakang.

Pasukan itu dapat melawat Hospital Al-Shifa selama sejam selepas kira-kira 2,500 orang pelarian, pesakit yang boleh bergerak dan kakitangan perubatan meninggalkan kawasan hospital itu pada pagi Sabtu, kata WHO. Ia berkata 25 kakitangan perubatan kekal bersama pesakit.

“Pesakit dan kakitangan kesihatan menyatakan mereka takut akan keselamatan dan kesihatan mereka, dan merayu supaya turut dipindahkan,” kata agensi itu sambil menyifatkan Hospital Al-Shifa sebagai “zon kematian”.

Agensi itu berharap dapat memindahkan kesemua pesakit ke selatan Gaza dalam masa terdekat.

Israel telah sekian lama mendakwa bahawa Hamas mempunyai pusat arahan dan kawalan yang luas di dalam dan di bawah tanah Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel telah meletakkan hospital itu sebagai sasaran utama dalam peperangannya untuk menamatkan pemerintahan militan di Gaza berikutan serangan mengejut Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 terbunuh dan lebih 240 orang ditawan sebagai tebusan dalam serangan Hamas itu.

Hamas dan kakitangan hospital menafikan dakwaan itu.

Pemindahan besar-besaran pada Sabtu itu disifatkan Israel dibuat secara sukarela, tetapi WHO berkata tentera Israel telah mengeluarkan arahan pemindahan tersebut. – Agensi berita.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >