Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah M'sia izin permohonan Najib dapatkan pasport buat sementara

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Malaysia semalam membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.



Ia bagi membolehkan bekas perdana menteri itu melawat anak perempuannya, Cik Nooryana Najwa, yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.



Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Datuk Kamaluddin berkata mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.



Terdahulu, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Najib memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya hanya akan memulakan perjalanan ke Singapura pada 3 November ini selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2022.



Beliau berkata Datuk Najib akan menjalani perintah kuarantin di Singapura selama 10 hari dan akan bertemu anak perempuannya pada 14 November ini.



Dalam permohonan dan afidavit sokongan difailkannya, Datuk Najib berkata beliau bukan boleh dianggap sebagai berisiko untuk melarikan diri kerana keluarga dan kerjayanya serta harta semuanya berada di negara itu.



Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan isteri Datuk Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura atas sebab yang sama.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu dengan menetapkan syarat pasport perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >