MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman telah menghadiri Forum yang ke-9 bagi Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Amerika Latin dan Asia Timur (FEALAC) di Santo Domingo, Republik Dominican selama tiga hari hingga semalam.
Dalam mesyuarat itu, Dr Maliki berkata FEALAC pertama kali diusulkan mantan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, pada 1998 sebagai sebuah forum bagi memupuk dialog antara Asia Timur dengan Amerika Latin.