Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki temui pemimpin, ketua dewan perdagangan di Terengganu

Apr 18, 2023 | 11:03 AM



FARID HAMZAH



Dari Kuala Terengganu, Terengganu



 



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, semasa hari pertama kunjungannya ke Terengganu, mulai Isnin.





Dr Maliki kini sedang dalam rangka lawatan lima hari bermula 15 hingga 19 April ke Kelantan disusuli Terengganu.





Dalam lawatan hari pertamanya ke Terengganu, Dr Maliki juga telah bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa bagi Budaya Pelancongan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu Ustaz Ariffin Deraman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Terengganu, Encik Wan Sukairi Wan Abdullah; Speaker Perhimpunan Perundangan Negeri Terengganu, Dato Haji Yahaya Ali; selain Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) yang juga Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Dato’ Low Kian Chuan.





Dr Maliki juga sempat berkunjung ke Chinatown di Kuala Terengganu di mana beliau bertemu dengan beberapa anggota TCCCI yang juga usahawan di kawasan tersebut.

Sementara itu dalam satu catatan Facebook, Dato’ Ahmad berkata kededua mereka saling bertukar pandangan dalam pelbagai isu antara kedua-dua negara.

“Terima kasih Dr Maliki dan delegasi yang bertemu dan beramah mesra bersama kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.





“Semoga hubungan antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuhkan dari masa ke semasa,” katanya.





Kunjungan Dr Maliki itu, yang berlangsung sehingga 19 April, adalah sebahagian usaha Singapura untuk memperkukuh hubungan dengan negeri-negeri di Malaysia dan meneroka bidang kerjasama baru, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).





Di Terengganu, Dr Maliki, juga akan bertemu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud, dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada pagi Rabu (19 April).

Dr Maliki diiringi pegawai dari MFA semasa lawatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >