Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir di tiga negeri M’sia meningkat, jumlah terkini 33,856 orang

Dec 24, 2022 | 04:10 PM



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, Sabah dan Perak merekodkan peningkatan pagi ini, menjadikan jumlah terkini mangsa di negeri yang terjejas banjir di seluruh negara seramai 33,856 orang.


Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pula berkurangan manakala Johor kekal merekodkan seramai 32 orang.


Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir di negeri itu kini mencecah 1,136 orang daripada 294 keluarga pagi ini berbanding 363 mangsa daripada 93 keluarga pada Jumaat malam (23 Dis).


Di Sabah, mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud terus meningkat pagi ini kepada 78 mangsa daripada 23 keluarga berbanding 68 mangsa daripada 21 keluarga pada Jumaat malam (23 Dis).


Di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit iaitu seramai 69 orang daripada 17 keluarga setakat 8 pagi Sabtu (24 Dis) berbanding 65 orang daripada 16 keluarga pada Jumaat malam dan kini ditempatkan di dua PPS di Hilir Perak dan Bagan Datuk.


Di Terengganu, Sekretariat JPBN memberitahu jumlah penduduk yang berlindung di 112 PPS menurun kepada 15,243 mangsa berbanding 20,552 mangsa pada Jumaat malam, sementara di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 48 PPS  berkurangan pagi Sabtu  kepada 17,298 orang daripada 5,769 keluarga berbanding 17,398 orang daripada 5,818 keluarga Jumaat malam. - BHM

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >