Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masih awal sama ada suntikan 'booster' Covid perlu diberi: Saintis WHO

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Sedang beberapa pemerintah dan pegawai farmaseutikal menyiapkan suntikan penggalak atau booster shots Covid-19 yang disasarkan buat varian virus lebih mudah menjangkiti, pihak berkuasa kesihatan pula merasakan terlalu awal menentukan keperluan suntikan tersebut.



"Kami tiada maklumat yang diperlukan bagi membuat usulan sama ada suntikan penggalak diperlukan," kata Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Soumya Swaminathan, dalam satu wawancara Zoom bersama agensi berita, Jumaat lalu.



Menurutnya, sains penggunaan suntikan penggalak ini masih lagi berkembang, lantas masih terlalu awal untuk mengusulkannya sedang individu berisiko tinggi di kebanyakan negara belum lagi tamat proses suntikan pertama vaksinasi.



Kata Dr Swaminathan, data daripada negara yang bakal mengenalkan vaksinasi tambahan sebagai langkah berjaga-jaga hujung tahun ini, khususnya buat golongan yang terdedah pada jangkitan, dengan daya tahan terhadap Sindrom Sars-CoV-2 semakin berkurangan, akan memberi WHO arah tuju selanjutnya.



Suntikan penggalak Covid-19 kemungkinan diperkenalkan di Britain pada musim luruh bagi mengelakkan tambahan permintaan pada musim sejuk.



Tujuh vaksin berbeza pula sedang diuji ke atas relawan di England dalam satu kajian suntikan penggalak yang julung-julung kalinya diadakan, jelas Setiausaha Negara Kesihatan dan Jagaan Sosial Britain, Encik Matt Hancock, bulan lalu.



Britain, yang telah menjalankan vaksinasi ke atas lebih ramai penduduk berbanding negara ekonomi maju lain, terdesak melewatkan rancangan mengenalkan kelonggaran pada kekangan keselamatan di negara itu apabila kes mula bertambah disebabkan varian Delta.



Varian yang mula dilaporkan di India ini adalah yang paling mudah menjangkiti, sebagaimana yang disahkan pakar.



Varian lain yang lebih mudah tersebar termasuk Beta yang berasal dari Afrika Selatan, memerlukan tahap antibodi lebih tinggi bagi mencegah jangkitan, menyebabkan pengeluar vaksin termasuk Pfizer dan Moderna, menguji versi yang diubahsuai ini bagi suntikan yang diberi kini, agar dapat memberi keimunan lebih meluas.



Gabungan vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech juga sedang dipertimbangkan di Malaysia, di mana kerajaannya cuba mempercepatkan proses vaksinasi bagi memastikan keimunan peringkat penduduk dicapai pada penghujung tahun.



Mengulas mengenai perkara ini, Dr Swaminathan berkata:



"Segalanya nampak berkesan dalam konsep suntikan penggalak sebegini. Ia membuka peluang buat negara-negara yang telah memberi vaksin kepada penduduknya dengan satu jenis vaksin dan menanti bekalan dos kedua yang ketandusan agar mencuba platform vaksin berbeza." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >