Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayor: 'Tiada ruang' di New York bagi pendatang

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Mayor New York berkunjung ke El Paso, sebuah bandar Amerika Syarikat di sempadan dengan Mexico, kelmarin dan berkata "tiada ruang di New York" bagi pendatang yang dihantar berbas-bas ke bandar yang penduduknya paling ramai di Amerika Syarikat itu.



Encik Eric Adams, daripada parti Demokrat, juga mengritik pentadbiran Demokrat Presiden Joe Biden, dan berkata "sekarang tiba masanya bagi pemerintah nasional menjalankan tugasnya" mengenai krisis pendatang di sempadan selatan Amerika.



Kunjungan seorang mayor New York ke sebuah bandar selatan berkaitan isu pendatang tidak pernah berlaku sebelum ini.



Berbas-bas pendatang dihantar ke New York dan beberapa bandar lain oleh negeri Amerika yang dikuasai parti Republikan.



Tindakan itu memburukkan krisis perumahan di New York dan masalah gelandangan yang semakin buruk di bandar itu.



Kunjungan Encik Adam ke El Paso dilakukan selepas beliau berkata kemasukan pendatang ke New York mengakibatkan penguasa bandar itu terpaksa membelanjakan AS$2 bilion ($2.6 bilion), sedangkan bandar itu sedang menghadapi masalah kekurangan bajet.



Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabenor parti Rebpulikan di Florida dan Texas mengarahkan ribuan pendatang yang memasuki Amerika pergi ke bandar yang dikuasai Demokrat.



Bandar-bandar itu termasuk New York, Chicago dan Washington. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >