Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Besar Pahang, Perak nafi persoal pelantikan MB Negeri Sembilan

Aug 15, 2023 | 01:54 PM



KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menafikan penglibatannya berkait poster tular di media sosial yang mempersoalkan tindakan melantik Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Naib presiden Umno itu menyifatkan kandungan poster itu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu untuk memecahbelahkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).

“Perbuatan ini adalah untuk memburukkan imej saya sebagai Menteri Besar Pahang dan naib presiden Umno. Kerjasama BN dan PH di Pahang masih utuh dalam mentadbir negeri sehingga hari ini.

“Hentikan 24 jam (tanpa henti) berpolitik dan hentikan penyebaran fitnah kebencian yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan kita,” katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin, lapor akhbar The Star.


Poster tular itu menggambarkan Datuk Wan Rosdy mendakwa Negeri Sembilan harus mencontohi perpaduan yang dinikmati rakyat Pahang di bawah pimpinan BN.

“Adalah tidak wajar jika BN yang memenangi kerusi tertinggi di Negeri Sembilan dinafikan hak untuk menjadi Menteri Besar. Saya tidak teragak-agak untuk menukar komponen dalam kerajaan Pahang jika itu berlaku,” baca poster viral itu.

Sementara itu, media Malaysia melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menafikan membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat “keputusan besar” sekiranya Negeri Sembilan tidak dipimpin oleh Menteri Besar daripada BN.


“Saya diberitahu kenyataan palsu ini tersebar di media sosial. Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Nasihat saya, hentikan politik fitnah dan kebencian ini.

“Pilihan raya umum dan negeri sudah selesai, wakil rakyat telah dipilih. Inilah masanya untuk kita bekerja untuk rakyat,” katanya dalam catatan Facebook pada Isnin.

Satu poster telah tersebar di media sosial, menyatakan ‘Perpaduan ini mesti disokong oleh keadilan. BN memenangi kerusi terbanyak di Negeri Sembilan’.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pada Isnin telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar untuk penggal ketiga.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu, PH dengan kerjasama BN mendapat mandat dua pertiga daripada rakyat untuk terus mentadbir Negeri Sembilan.

PH memenangi 17 kerusi manakala BN mendapat 14 kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) memenangi baki lima kerusi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >