Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MIC tidak akan terima jawatan Timbalan Menteri

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parti Kongres India Malaysia (MIC) tidak akan menerima sebarang jawatan Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, Encik R T Rajasekaran.



Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC, kelmarin, selain menghormati pilihan pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi perkongsian di laman Facebook beliau, memaklumkan calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.



"MIC mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.



"MIC juga merakamkan sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.



"Semoga Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia," kata Encik Rajasekaran dalam kenyataan kelmarin seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).



Datuk Seri Anwar turut berkata mesyuarat Kabinet mingguan pagi kelmarin berjalan dalam suasana yang harmoni dan produktif.



"Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutama masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin," katanya.



Sementara itu, Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengemukakan dua nama Ahli Parlimennya kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan bagi jawatan Timbalan Menteri.



Dua AP itu ialah Datuk Seri Doris Sophia Brodie dan Datuk Wilson Ugak Kumbong.



Ketua Pemuda PRS, Datuk Snowdan Lawan, berkata parti itu percaya dua AP berkenaan layak dilantik mewakili masyarakat pribumi Sarawak.



"PRS amat berharap mereka adalah antara yang akan disenarai pendek oleh Perdana Menteri untuk dipilih berdasarkan merit," katanya dalam kenyataan kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >