Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

M'sia tangguh fasa endemik kerana Omicron

Hishammuddin: Kawalan sempadan antarabangsa Covid-19 diperketat, Kementerian Kesihatan akan tentukan tindakan selanjutnya
Dec 02, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memutuskan menangguhkan peralihan ke fasa endemik kerana terdapat terlalu banyak ketidakpastian berhubung penularan varian baru Covid-19, Omicron, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Perkara itu diputuskan oleh Kuartet Kabinet selepas mesyuaratnya kelmarin.



"Paling penting, buat masa ini, Mesyuarat Kuartet memutuskan untuk menghentikan sementara usaha kami dalam peralihan ke peringkat endemik sehingga kami mengetahui lebih lanjut mengenai varian Omicron," kata Datuk Hishammuddin dalam satu sidang media di Parlimen kelmarin.



Beliau berkata varian Omicron dibincangkan secara panjang lebar semasa mesyuarat itu, sambil menambah bahawa jika terdapat satu lagi gelombang jangkitan Covid-19 ia boleh meletakkan kemajuan Malaysia dalam menangani pandemik itu dalam risiko.



"Jika kita tidak memantau Omicron dengan teliti, maka bagaimana kita harus menanganinya?" ujar beliau, yang juga pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19.



Putrajaya juga sedang memantau negara Omicron telah menular, sambil menambah bahawa keadaan masih tidak berubah pada masa ini.



Namun, Datuk Hishammuddin memberi jaminan tidak akan ada perubahan dalam program pelancongan antarabangsa di Langkawi.



Beliau berkata walaupun belum ada kes membabitkan varian Omicron di Malaysia, tindakan berhati-hati perlu dilaksana kerana varian itu dilaporkan sangat pantas dan mudah berjangkit.



"Sebelum ini, kita memutuskan kemungkinan mengumumkan fasa 'Peralihan ke Endemik', namun ia dihentikan seketika untuk melihat perkembangan varian Omicron yang menular ke seluruh dunia.



"Kita bimbang semua yang dirancang dan yang diumumkan dalam masa terdekat, seperti kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dan tujuh asas menuju fasa endemik, mungkin terjejas jika kita tidak memantau varian ini secara dekat dan menanganinya," ujarnya.



Beliau berkata kawalan sempadan antarabangsa akan diperketat ke atas negara yang melaporkan penyebaran varian Omicron.



Menurut Datuk Hishammuddin, mandat diberi kepada Kementerian Kesihatan untuk menentukan tindakan selanjutnya berhubung keluar masuk sempadan serta SOP yang akan diumumkan.



Beliau menambah bahawa Mesyuarat Kuartet itu turut mengambil maklum mengenai destinasi lain yang berpotensi bagi Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL), seperti Singapura ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.



"Namun, kerajaan tidak akan membuat keputusan sehingga mengetahui kesan sebenar varian Omicron.



"Saya sudah minta semua pihak supaya terus memikirkan dan berbincang dengan pihak yang berkenaan.



"Saya harap semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan mengambil risiko ketika kita memantau varian yang menular ini," ujar beliau.



Mengenai permintaan pemimpin negara Afrika supaya rakyat mereka tidak dihalang masuk ke negara lain menyusuli penularan varian Omicron di negara Afrika, Datuk Hishammuddin berkata pendirian Malaysia sama seperti beberapa negara lain, iaitu bersandarkan risiko keselamatan dan bukan geopolitik atau hubungan dua hala. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >