Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Musuh Umno tanam prejudis lampau dalam fikiran rakyat: Zahid

May 12, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno menjadi mangsa politik kebencian dan prejudis melampau yang disebar musuh politiknya, sehingga membentuk persepsi negatif, sekali gus mengenepikan politik nilai dan khidmat yang sepatutnya menjadi pegangan semua pihak.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa permainan persepsi diasak sepanjang masa oleh musuh parti itu kini sudah membentuk satu realiti yang bahaya di dalam pemikiran dan kehidupan rakyat.



"Politik nilai, politik khidmat, ikhtiar untuk membina negara yang terbaik, iltizam politik untuk meletakkan negara pada landasan ekonomi kukuh dan terbaik semuanya diketepikan dan digantikan dengan kebencian dan dendam kesumat.



"Musuh itu terus ghairah menanamkan perasaan benci dan prejudis yang melampau dalam pemikiran rakyat, terutama anak-anak muda kita yang baru sahaja bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun Umno ke-77 pada Khamis.



Datuk Ahmad Zahid berkata daripada usaha memajukan masyarakat berdepan cabaran abad ke-21, permainan persepsi negatif ini sebaliknya sudah menganjakkan masyarakat negara ini jauh ke belakang.



"Kita sudah kembali kepada budaya politik lapuk dan ketinggalan zaman. Dan yang menerima kesan terburuk adalah anak-anak muda kita sendiri.



"Bayangkan pelapis negara kita memulakan 'political journey' mereka melalui lensa perkauman dan propaganda kebencian.



"Saya yakin, pihak sana bukannya tidak sedar kesan buruk propaganda ini, tetapi sengaja memilih untuk memejamkan mata dan membiarkan anak muda kita terus terbuai sehingga membelakangkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.



"Semuanya demi laba dan kuasa, bukan demi rakyat dan negara," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata peranan Umno dalam Kerajaan Perpaduan, adalah satu peluang kepada parti itu untuk menggalas tanggungjawab mentadbir negara dengan baik dan membuktikan kebolehan memimpin harapan rakyat.



"Cara kita membina negara perlu lebih cekap dan bermaruah serta berintegriti.



"Kita mendukung nilai-nilai hormat dan saling kebertanggungjawaban antara kita dan juga rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan.



"Kita mengambil pendirian rasional dan mengiktiraf bahawa kita boleh bergerak seiringan.



"Bukan saja dalam aspek nilai-nilai yang kita kongsi bersama, tetapi juga dalam menentukan hala tuju Malaysia yang terbaik," katanya.



Tambah Datuk Ahmad Zahid, Umno berazam mahu mengurniakan rakyat Malaysia dengan sebuah kerajaan yang diyakini dan sentiasa mempertahankan nilai demokrasi dan hak kemanusiaan serta cakna realiti semasa.



"Sebab itu, adalah sangat penting bagi kita menjelmakan kembali kekuatan parti Umno. Umno perlu kuat dan mantap, mempunyai tapak yang luas lagi inklusif.



"Ingat, parti bersejarah ini bermula sebagai gerakan amal bakti dan bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga atau kelab 'eksklusif'.



"Prinsip perjuangan parti perlu sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Yang bertunjangkan semangat kemasyarakatan yang tinggi.



Visi parti bukan pada Malaysia yang kuat semata-mata, tetapi pada rakyatnya yang hidup aman dan makmur," katanya.




"Saya yakin, pihak sana bukannya tidak sedar kesan buruk propaganda ini, tetapi sengaja memilih untuk memejamkan mata dan membiarkan anak muda kita terus terbuai sehingga membelakangkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.
Semuanya demi laba dan kuasa, bukan demi rakyat dan negara."
- Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >