Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib fail semakan keputusan Mahkamah Persekutuan kekalkan sabitan, hukuman rasuah

Sep 07, 2022 | 04:20 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($65.5 juta) yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


Bekas perdana menteri Malaysia itu, yang memfailkan permohonan notis usul melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos.


Menerusi permohonan itu, beliau memohon perintah supaya keputusan rayuan utamanya diketepikan dan beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.


Secara alternatif, Ahli Parlimen (AP) Pekan itu memohon rayuan tersebut didengar korum Mahkamah Persekutuan lain yang mengandungi tidak kurang tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau jumlah yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Beliau, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >