LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta negara kaya yang menganggap pandemik Covid-19 sudah berakhir supaya membantu negara berpendapatan rendah untuk mencapai tahap sama.
Dalam satu temuramah, Penasihat Kanan WHO, Encik Bruce Aylward, mengingatkan negara lebih kaya tidak boleh berundur dalam menangani Covid-19 sebagai masalah global ketika ini kerana gelombang jangkitan berpotensi berlaku pada masa depan.