Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen Indonesia luluskan perjanjian ekstradisi, pertahanan bersama S'pura

Pengesahan perjanjian pertahanan "dijangka dapat perbaiki, perkukuh hubungan dua hala"
Dec 16, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Parlimen Indonesia kelmarin mengesahkan sebuah perjanjian bersama Singapura bagi ekstradisi banduan pelarian.



Ia adalah yang terakhir daripada tiga perjanjian mengenai isu dua hala yang belum diselesaikan antara dua negara itu.



Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Encik Yasonna Laoly, memberitahu Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) negara itu bahawa persetujuan ekstradisi itu adalah sejenis usaha kerjasama antarabangsa oleh pemerintah Indonesia, lapor The Straits Times.



Ia bukan sahaja bagi menawarkan keadilan dan perlindungan kepada rakyatnya, malah menunjukkan peranan aktif Indonesia dalam mengekalkan aturan sedunia, katanya.



Perjanjian antara Indonesia dan Singapura itu, ujar Encik Yasonna, akan memberikan "kepastian dari segi undang-undang" bagi kedua-dua negara melaksana ekstradisi banduan.



"Kerjasama ekstradisi ini dengan Singapura akan memudahkan pegawai penguatkuasaan undang-undang (Indonesia) menyelesaikan kes jenayah yang pesalahnya berada di Singapura," tambahnya.



Sebelum ini, pada 6 Disember, DPR mengesahkan Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA) bersama Singapura, yang membolehkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berlatih dan menyertai latihan di Indonesia, sambil menghormati kedaulatanya sepenuhnya.



Singapura dan Indonesia menyelesaikan dan menandatangani dua perjanjian itu pada April 2007, disaksikan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan mantan Presiden Indonesia, Encik Susilo Bambang Yudhoyono, dan bersetuju untuk menguatkuasakannya serentak.



Namun, ia belum disahkan oleh Indonesia ketika itu.



Pada 25 Januari, Encik Lee dan Presiden Joko Widodo menegaskan semula komitmen mereka terhadap kedua-dua perjanjian, serta satu perjanjian ketiga - perjanjian Kawasan Maklumat Penerbangan - semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan.



"Perjanjian-perjanjian ini adalah satu keperluan bagi Indonesia," kata Encik Arsul Sani, seorang ahli Komisi Ketiga DPR, yang bertanggungjawab atas isu undang-undang dan legislasi, hak asas manusia dan ehwal keselamatan.



"Berkenaan perjanjian ekstradisi itu, Indonesia mempunyai perjanjian serupa bersama negara Asean lain, jadi ia bukan sesuatu yang istimewa," katanya kepada ST.



"Kami berharap kami dapat membawa balik warga Indonesia yang didapati bersalah melakukan jenayah, terutamanya rasuah.



"Dan begitu juga, suspek warga Singapura yang bersembunyi di Indonesia juga boleh diekstradisi," kata Encik Arsul.



"Mengenai kerjasama pertahanan, kami percaya ia akan memberi manfaat kepada kedua-duanya, Singapura dan Indonesia.



"Yang lebih penting, kami berharap latihan itu dijalankan selaras dengan perjanjian, dan tidak membawa kepada konsesi lain yang boleh menimbulkan isu kedaulatan," tambahnya.



Encik Arsul berkata Encik Widodo perlu menandatangani "perjanjian yang mengikat secara sah" itu.



Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, yang hadir pada sidang pleno Selasa lalu, berkata:



"Dengan pelulusan Rang Undang-Undang ini untuk menjadi undang-undang oleh Parlimen Indonesia, payung undang-undang bagi kerjasama pertahanan antara Republik Indonesia dan Republik Singapura telah terbentuk ."



Satu kenyataan Kementerian Pertahanan juga mengatakan bahawa ratifikasi perjanjian pertahanan itu "dijangka dapat memperbaiki dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >