Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Parti berkempen hingga saat akhir untuk pikat pengundi

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



TIGA tokoh politik mapan yang telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri oleh gabungan parti masing-masing menggulung kempen seluruh negeri mereka dan kembali ke kerusi parlimen yang mereka tandingi menjelang Hari Mengundi esok.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional (BN); mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional (PN); dan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, masing-masing menekankan semula janji mereka sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 ini - daripada membersihkan kerajaan dari rasuah kepada pemulihan ekonomi bagi manfaat warga Malaysia.



Datuk Ismail Sabri, yang telah menjelajah ke kawasan undi Sungai Buloh dan Kuala Selangor di Selangor untuk memberi sokongan kepada calon BN, Encik Khairy Jamaluddin dan Tengku Zafrul Aziz di sana, berkata apa saja boleh berlaku dalam pilihan raya umum dan seseorang tidak boleh bersikap sambil lewa.



"Kemenangan tidak terjamin bagi sesiapa," kata beliau apabila ditanya sama ada beliau yakin memenangi kerusi parlimen Bera, di mana beliau telah berkhidmat sejak 2004.



"Kita mesti berusaha gigih sehingga malam 19 November, dan sehingga keputusan diumumkan. Sebelum itu, tiada sesiapa boleh berasa selesa."



Tan Sri Muhyiddin pula, yang berada di Kuala Lumpur di awal minggu sebelum pergi ke Johor di mana beliau akan bertanding di Pagoh, berkata kerajaan PN telah menunjukkan ia mampu memimpin ekonomi dan negara.



Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari Mac 2020 hingga Ogos 2021, selepas kerajaan PN mengambil alih kerajaan PH yang runtuh.



Jawatan itu kemudian diambil alih oleh Datuk Ismail Sabri, selepas Umno - anggota utama PN - menarik balik sokongan bagi Tan Sri Muhyiddin.



"Kita masih mampu mewujudkan 500,000 peluang kerja baru dan menyelamatkan 3 juta pekerjaan rakyat Malaysia ketika krisis Covid-19 berlaku," ujar Tan Sri Muhyiddin.



"Dalam keadaan cabaran besar itu, Kabinet pimpinan saya masih mampu mencatatkan pencapaian yang memberansangkan. Saya kongsikan pencapaian kerajaan Perikatan Nasional sebagai bukti betapa serius saya dalam agenda menyelamatkan negara."



Bercakap kepada penyokong PH di acara yang diadakan di Selangor kelmarin, Datuk Anwar menekankan lagi peri penting memilih kerajaan yang bersih daripada rasuah dan memohon agar PH diberi peluang untuk merampas semula kerusi yang diambil oleh "pengkhianat".



"Saya tak kisah orang melabel saya sebagai 'PM Tepi' asalkan saya tidak gadai maruah bangsa, khianat mandat dan sakau wang rakyat.



"Saya berjuang dalam medan PRU15 kali ini untuk peroleh mandat rakyat bagi memungkinkan agenda perubahan dan budaya tadbir urus yang baik dapat dilaksana," kata Datuk Anwar.



Kerajaan PH, yang ditubuhkan selepas ia meruntuhkan kerajaan BN pada 2018, runtuh selepas hanya berusia 22 bulan ekoran perbuatan 'lompat parti', di mana beberapa Anggota Parlimen beralih ke gabungan parti lain.



Menyusuli itu, undang-undang anti lompat parti telah dikuatkuasakan menjelang PRU15 ini.



Tempoh berkempen mencapai kemuncaknya hari ini dan harus dihentikan pada 11.59 malam nanti, sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.



Esok, lebih 21 juta rakyat Malaysia, termasuk sekitar 7 juta pengundi baru, boleh mengundi untuk memilih wakil yang dianggap paling layak, antara lain untuk menstabilkan landskap politik negara yang telah dipimpin tiga perdana menteri sejak 2018.



Jumlah sebenar pengundi yang akan keluar mengundi menjadi keprihatinan, terutama dalam musim tengkujuh yang telah menyebabkan kerugian harta, menjejas operasi pengangkutan awam dan prasarana lain.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >