Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasukan Amtas tinjau visa sesuai untuk tunai umrah, ziarah

Oct 25, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) yang mengadakan lawatan ke tanah suci ingin mengenal pasti fungsi visa umrah dan visa ziarah yang ditawarkan untuk menunaikan ibadah umrah.



Ini memandangkan setiap jenis visa mempunyai aturan yang berbeza bagi menempah umrah di Makkah dan ziarah ke tempat-tempat tertentu, seperti Makam Rasulullah dan Raudah di Masjid Nabawi serta protokol pengurusan selamat Covid-19 di kawasan tersebut.



Pemimpin Persatuan Agensi Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), yang berada di Madinah, Ustaz Jalaluddin Hassan, menjelaskan meskipun kemasukan ke Masjid Nabawi bagi semua jemaah hanya memerlukan bukti vaksinasi jemaah menerusi aplikasi Tawakkalna, terdapat aturan tempahan yang berbeza.



Perbezaan tempahan itu katanya berbeza antara pemegang visa umrah dengan pemegang visa ziarah untuk memasuki makam Nabi dan Raudah.



Misalnya jemaah yang mempunyai visa umrah, tidak perlu membuat sebarang tempahan kerana slot umrah. Ziarah ke Raudah dan ke Makam Rasulullah sudah diaturkan terdahulu oleh pihak ejen umrah dan haji Arab Saudi, atau Muasassah, pada waktu yang ditentukan.



Bagi pemegang visa ziarah pula termasuk jemaah pemegang visa umrah yang ingin berkunjung ke tempat-tempat itu secara sendiri, mereka perlu membuat tempahan itu menerusi aplikasi Eatmarna.



Aplikasi Tawakkalna diperlukan untuk menunjukkan bukti vaksinasi pelawat ke Arab Saudi (hampir serupa aplikasi TraceTogether) manakala aplikasi Eatmarna, digunakan untuk membuat tempahan slot umrah, ziarah ke Makam Nabi dan Raudah, dan slot ziarah Raudah bagi kaum Hawa.



Namun bilangan slot yang boleh ditempah menerusi Eatmarna tertakluk kepada bilangan jemaah yang menempah slot ibadah harian.



"Kami mendapati kedua-dua visa ini ada kelebihan masing-masing. Tetapi visa ziarah tidak dapat memastikan jemaah boleh mendapatkan slot pada waktu yang diinginkan," kata Ustaz Jalaluddin yang merupakan Naib Presiden Amtas.



Memandangkan musim umrah seringnya menerima ramai jemaah dari berbilang negara dan bakal menjejas tempahan jemaah, ziarah ke Makam Nabi dan Raudah turut berbeza jika dibandingkan waktu dahulu dengan jemaah dikawal dengan ketat oleh pegawai dan tidak dibenarkan mengambil masa berlebihan di dalamnya.



Semalam wartawan Berita Harian sempat melakukan ziarah ke Makam Nabi dan Raudah dan mendapati jemaah diminta berjalan terus dan tidak dibenarkan untuk berhenti di kawasan makam Rasululllah.



Di dalam premis masjid Nabawi secara keseluruhan pula, selain jemaah diwajibkan memakai pelitup, mereka juga dibenarkan bergerak dengan bebas dan mendirikan solat secara berjemaah seperti biasa.



Laporan lanjut: Wabak Covid-19 jejas teruk niaga di Madinah, banyak kedai terpaksa ditutup




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >