Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PDI-P kekal kuasai parlimen, menang tipis atasi Parti Golkar

Mar 21, 2024 | 12:50 PM



JAKARTA - Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mengekalkan statusnya sebagai parti terbesar di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), susulan pengumuman pengiraan undi nasional pada Rabu 20 Mac.


Bagaimanapun, majoriti yang diperolehnya hanya melebihi 1 peratusan mata, berbanding Parti Golkar, menurut laporan Jakarta Globe.

PDI-P, yang kini menguasai kira-kira 20 peratus kerusi dalam DPR,, memperoleh 16.72 peratus undi, pada pilihan raya umum 14 Februari.

Mengekori rapat di belakang adalah Parti Golkar, dengan 15.29 peratus undi, mengatasi Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), yang jatuh ke tempat ketiga dengan 13.22 peratus undi.

Di bawah sistem parlimen Indonesia, parti-parti politik yang menyokong calon presiden yang menang, akan secara automatik menjadi ahli gabungan pemerintah di Parlimen, yang mempunyai 580 anggota.

Seramai 9,917 calon daripada 18 parti, bertanding bagi merebut 580 kerusi parlimen. Ini adalah lima lebih daripada 575 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2019, untuk menampung empat wilayah baharu di wilayah paling timur Papua. Indonesia kini mempunyai 38 wilayah, lapor akhbar The Straits Times.

Namun keputusan pilihan raya belum lagi mewakili pembahagian sebenar kerusi Dewan, kerana akan ada pengiraan lanjut, tidak termasuk parti yang gagal untuk memasuki parlimen.

Menurut penjumlahan undi nasional oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), terdapat 151.8 juta undi sah untuk pilihan raya perundangan, berbanding 164.2 juta undi untuk pilihan raya presiden.

PDI-P memperoleh 25.39 juta undi, diikuti Golkar (23.2 juta), dan Gerindra (20.07 juta).

Dalam kalangan parti penyandangnya, Parti Pembangunan Bersatu (PPP) yang berasaskan Islam gagal mendapatkan empat peratus undi popular, bermakna ia tidak akan mempunyai perwakilan dalam parlimen apabila penggal baharu bermula pada Oktober.

Begitu juga, Parti Solidariti Indonesia (PSI), yang melantik anak bongsu presiden, Encik Kaesang Pangarep, sebagai pengerusi menjelang pilihan raya, juga tidak akan memasuki parlimen, dalam percubaan pilihan raya ketiganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >