Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pecat, gantung ahli sah ikut perlembagaan Umno: Ketua Penerangan

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pemecatan dan penggantungan pemimpin serta ahli Umno yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 27 Januari sah dari sisi perlembagaan parti, kata Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil.



Menurut beliau, rujukan kepada peguam mendapati bahawa perlembagaan Umno menyatakan proses pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT.



"Proses lain yang membabitkan Lembaga Disiplin dan sebagainya itu hanya pengurusan dalaman yang dipraktikkan.



"Oleh itu, apabila MKT sudah memperakui pemecatan dan penggantungan ahli Umno, maka pemecatan dan penggantungan itu adalah sah di sisi Perlembagaan Umno dan undang-undang serta peraturan," kata Encik Isham dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam.



Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan beberapa pemimpin Umno, termasuk mereka yang digantung dan dipecat, bahawa tindakan itu tidak melalui proses wajar, seperti peluang bela diri sebelum dikenakan tindakan.



Encik Isham berkata semua yang dipecat atau digantung, termasuk bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, masih boleh merayu atau berjumpa Lembaga Disiplin untuk membela diri.



"Dia (Tan Sri Noh Omar) boleh berjumpa dengan Lembaga Disiplin seperti tarikh asal jemputan, iaitu 30 Januari 2023 (hari ini) atau esok.



"Lembaga Disiplin Umno bukan Mahkamah Persekutuan dan hukuman ke atas Noh dan Khairy (Jamaluddin) ini bukannya hukuman penjara atau hukuman mati.



"Mereka masih boleh membela diri dan merayu beberapa kali.



"Jika Noh dan Khairy serta lain-lain boleh mengalahkan bukti terhadap mereka yang menunjukkan mereka bersalah, saya percaya Lembaga Disiplin akan membuat keputusan seadilnya," tambah Encik Isham.



Beliau turut menasihatkan mereka yang digantung supaya jangan mencabar Lembaga Disiplin atau MKT agar dipecat.



Ia akan memburukkan keadaan selain menunjukkan keangkuhan sendiri, kata Encik Isham.



Beliau juga yakin Lembaga Disiplin sudah membuat penelitian terhadap laporan dan bukti yang ada sebelum membuat keputusan serta mengambil tindakan ke atas 40 ahli lain Umno.



"MKT tidak campur tangan dalam proses siasatan dan keputusan Lembaga Disiplin. MKT biasanya memperakui saranan dan keputusan Lembaga Disiplin berkenaan kes disiplin membabitkan ahli parti," ujar Encik Isham.



Beliau berkata Encik Khairy dipecat atas tindakannya men-dakwa 'Umno sesat' ketika kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) November lalu di Sungai Buloh, yang memberi kesan langsung terhadap sokongan pengundi di seluruh Malaysia kepada Umno.



"Dia tahu dia mungkin boleh menang di (Parlimen) Sungai Buloh dengan strategi ini tetapi ia sedikit sebanyak mengorbankan calon Umno yang bertanding di tempat lain," ujar Encik Isham.



Seramai 25 ahli dilucut keahlian mereka dalam Umno disebabkan mereka bertanding sebagai calon atau menjadi penyokong calon lawan, iaitu Perikatan Nasional (PN) atau Bebas, ketika pilihan raya itu, kata beliau.



"Saya dimaklumkan Lembaga Disiplin sudah memeriksa dan merujuk perkara ini dengan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk seorang pegawai Noh yang bertanding sebagai calon Bebas di Tanjung Karang menentang calon Umno.



"Seramai 15 ahli didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dengan bukti kukuh yang menunjukkan mereka menyokong parti lawan terutama PN ketika kempen PRU15.



"Saya dimaklumkan ada banyak laporan, video dan gambar menunjukkan antaranya mereka berkempen dan memakai baju PN untuk calon lawan menentang calon Umno," kata Encik Isham. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >