Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pecat, gantung ahli UMNO sah ikut perlembagaan parti

Jan 29, 2023 | 02:30 PM



KUALA LUMPUR: Pemecatan dan penggantungan pemimpin serta ahli Umno yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kelmarin, adalah sah dari sisi perlembagaan parti.



Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil, berkata rujukan dengan peguam mendapati, Perlembagaan Umno menyatakan proses pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT.



"Proses lain yang membabitkan Lembaga Disiplin dan sebagainya itu hanya pengurusan dalaman yang dipraktikkan.



"Oleh itu, apabila MKT sudah memperakui pemecatan dan penggantungan ahli Umno, maka pemecatan dan penggantungan itu adalah sah di sisi Perlembagaan Umno dan undang-undang serta peraturan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.



Beliau mengulas dakwaan beberapa pemimpin Umno termasuk mereka yang digantung dan dipecat bahawa tindakan itu tidak melalui proses wajar seperti bela diri sebelum berdepan tindakan.



Encik Isham berkata, semua yang dipecat atau digantung termasuk bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, masih boleh merayu atau berjumpa Lembaga Disiplin untuk membela diri.



"Beliau (Tan Sri Noh) boleh berjumpa dengan Lembaga Disiplin seperti tarikh asal jemputan iaitu 30 Januari 2023 atau esok.



"Lembaga Disiplin Umno bukan Mahkamah Persekutuan dan hukuman ke atas Tan Sri Noh dan Encik Khairy (Jamaluddin) ini bukannya hukuman penjara atau hukuman mati.



"Mereka masih boleh membela diri dan merayu beberapa kali. Jika Tan Sri Noh dan Encik Khairy serta lain-lain boleh mengalahkan bukti terhadap mereka yang menunjukkan mereka bersalah, saya percaya Lembaga Disiplin akan membuat keputusan seadilnya," katanya.



Encik Isham turut menasihatkan mereka yang digantung tidak mencabar Lembaga Disiplin atau MKT untuk berdepan pemecatan seperti dilakukan sebelum ini, memandangkan tindakan berkenaan akan memburukkan keadaan selain menunjukkan keangkuhan sendiri.



Beliau juga yakin Lembaga Disiplin sudah membuat penelitian terhadap laporan dan bukti yang ada sebelum membuat keputusan serta mengambil tindakan ke atas 40 ahli Umno yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >