Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelan Indon hantar jeneral ke Myanmar dapat reaksi berbaur

Jakarta hos mesyuarat menteri Asean pertama sebagai pengerusi badan serantau
Feb 04, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia, yang memulakan mesyuarat peringkat menteri Asean pertama sebagai pengerusi badan serantau itu semalam, mendapat reaksi berbeza daripada pemerhati politik berhubung rancangannya mahu menghantar seorang jeneral tertinggi ke Myanmar bagi berbincang dengan pemimpin tentera di sana.



Menghantar seseorang daripada latar belakang tentera mungkin memudahkan dialog bagi penyelesaian krisis politik Myanmar, tetapi ia boleh disalah tafsir sebagai pengiktirafan bagi rejim junta, kata penganalisis, lapor The Straits Times.



Dalam satu wawancara bersama Reuters kelmarin, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, berkata pemerintahnya mempunyai rancangan menghantar seorang jeneral ke Myanmar "secepat mungkin" dengan harapan dapat menunjukkan kepada pemimpin tentera di negara itu bagaimana Indonesia berjaya beralih kepada demokrasi.



Encik Widodo dipetik sebagai berkata: "Ini soal pendekatan. Kami mempunyai pengalaman - di Indonesia, keadaannya sama. Pengalaman ini boleh digunakan, bagaimana Indonesia memulakan demokrasinya."



Semasa era Presiden Suharto - orang kuat tentera - Angkatan Bersenjata Indonesia (TNI) terlibat secara mendalam dalam pemerintahan, di samping menjaga undang-undang, ketenteraman dan kestabilan.



Selepas 32 tahun berkuasa, Encik Suharto terpaksa meletak jawatan berikutan bantahan antipemerintah besar-besaran pada 1998, menandakan permulaan reformasi ketenteraan kepada peralihan kepada demokrasi.



Antara lain, tentera tidak dibenarkan terlibat dalam politik dan perlu melepaskan kerusinya di Parlimen, dan pegawai tentera yang ingin bertanding dalam pilihan raya mesti terlebih dahulu meletak jawatan.



Dr Adriana Elisabeth, pensyarah perhubungan antarabangsa di Universiti Pelita Harapan, berkata junta Myanmar akan lebih mengalu-alukan seorang jeneral Indonesia, terutama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman bekerja dari era Suharto.



"Myanmar di bawah junta perlu didekati seorang pemimpin yang mempunyai latar belakang tentera," katanya.



"Saya tidak fikir menghantar utusan khas (orang awam) adalah idea yang baik kerana ini akan mendorong Myanmar ke satu sudut. Jika Myanmar tidak bersetuju untuk berunding dengan utusan ini, tidak akan ada dialog."



Bagaimanapun, Cik Sri Yanuarti, seorang penyelidik politik kanan di Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional yang berpangkalan di Jakarta, berkata:



"Lawatan ini sedikit sebanyak akan mewajarkan pendekatan ketenteraan sebagai satu-satunya penyelesaian untuk mengatasi krisis.



"Bukankah model lebih demokratik yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, bukan sahaja tentera, patut digalak pada masa ini?"



"Tambahan pula kita mesti memastikan penghantaran jeneral tidak dilihat sebagai satu kewajaran bagi tentera Myanmar mengadakan pilihan rayanya," tambahnya, merujuk kepada pilihan raya umum yang dirancang tentera Myanmar tahun ini.



Krisis Myanmar dijangka antara topik yang akan dibincangkan pada Majlis Penyelarasan Asean ke-32 semalam dan Rahat Menteri Luar Asean hari ini.



Pada Januari, Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, berkata beliau akan mengetuai Pejabat Utusan Khas baru dan berusaha melibatkan perbincangan dengan "semua pihak berkepentingan" di Myanmar sebagai sebahagian strategi Asean dalam menangani krisis itu.



Beliau berkata blok serantau itu tidak akan menjadi "tebusan" oleh junta Myanmar, yang tidak mencapai kemajuan dalam melaksana konsensus lima perkara yang telah diterima pakai Asean pada April 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >