Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembinaan RTS di landasan betul bagi siap akhir 2026: Menteri M’sia

Mar 29, 2023 | 06:45 PM



JOHOR BAHRU: Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura berada di landasan yang betul untuk disiapkan menjelang akhir 2026, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke.


“Terdapat beberapa kelewatan sebelum ini tetapi MRT Corp sedang membetulkannya, dan kami akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan ia selesai mengikut jadual,” katanya pada Selasa, selepas pertemuan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


“Ia berkembang dengan baik dan kami berada di landasan yang betul. Saya diberi taklimat (tentang kemajuan) dari semasa ke semasa dan saya juga telah memberi arahan yang ketat kepada mereka supaya mengikut jadual. 


“Kami komited dengan perjanjian dua hala itu.”


Pada Rabu, Datuk Onn Hafiz mangatakan di Facebook bahawa pembinaan RTS kini berada pada tahap 32.78 peratus siap, tanpa memberikan butiran.


Pada 24 Mac, Menteri Pengangkutan Singapura, Encik S. Iswaran, berkata pembinaan RTS Link sedang berjalan dengan baik, dengan 45 peratus kerja di pihak republik itu sudah siap. – The Star

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >