Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemilihan Umno bukti usaha gugat Kerajaan Perpaduan ditolak

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keputusan Pemilihan Umno 2023 yang diumum secara rasmi pada Ahad memberi mesej jelas bahawa segala usaha direncana pihak tertentu untuk menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan gagal dan ditolak.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesej perwakilan Umno yang memberi sokongan kepada calon yang menang, membuktikan mereka mahu kerajaan terbina ini terus berfungsi dan dipertahankan.

"Jelas daripada keputusan pemilihan sayap Umno di peringkat kawasan Parlimen (bahagian) dan pusat, ditambah pemilihan di peringkat bahagian dan nasional, memperlihatkan bahawa telahan untuk gugat kerajaan yang ada boleh dielakkan.

"Kelihatan kesepaduan dalam pemimpin Umno yang dilihat dari dukungan akar umbi kepada kepimpinan nasional adalah untuk beri dukungan kepada Kerajaan Perpaduan.

"Walaupun ada usaha menggugat kerajaan, sekarang ia jelas ditolak kerana terdapat 160,000 perwakilan sudah buat pemilihan. Jelas isyarat ini bahawa (perwakilan) menolak unsur untuk memecahkan Umno dari luar dan menyuntik perpecahan dari dalam untuk meruntuhkan kerajaan yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam Ahad.

Umno mengakhiri siri pemilihan partinya hari ini, selepas 187 Bahagian Umno di seluruh negara bersidang pada Sabtu.

Pemilihan Umno 2023 menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden Umno selepas jawatan disandang tidak dipertanding, selain timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jawatan Naib Presiden Umno pula disandang Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Zahid berkata, keputusan pemilihan kali ini juga menunjukkan akar umbi Umno mahu kerajaan sedia ada diperkukuh.

"Jelas akar umbi mahu kerajaan yang ada diperkukuhkan dan gabungan parti dalam kerajaan, membabitkan kombinasi 20 parti, diperkuat dengan kepimpinan Umno akan memperkukuhkan kerajaan yang ada.

"Kami (Umno) berjanji Kerajaan Perpaduan akan terus didukung oleh kami bersama rakan-rakan parti lain termasuk dari Barisan Nasional (BN)," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Pemilihan Umno 2023 yang diumumkan secara rasmi kelmarin membawa mesej kemenangan satu pasukan yang meyakinkan.

Perdana Menteri berkata, dengan keputusan ditunjukkan itu, ia sekali gus berupaya memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya ketika ini.

"Kita ambil maklum perkembangan terkini. Setinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan yang menunjukkan satu kemenangan pasukan yang meyakinkan dan dengan ini, ia akan memperkukuh Kerajaan Perpaduan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.

Umno mengakhiri siri pemilihan partinya kelmarin, selepas 187 Bahagian Umno di seluruh negara bersidang dan mengundi pada Sabtu. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >