Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencarian dijalankan bagi kapsul radioaktif yang hilang di Australia

Jan 28, 2023 | 05:31 PM



SYDNEY: Sebahagian kawasan barat Australia hari ini berada dalam amaran radiasi selepas pihak berkuasa melaporkan terdapat kapsul radioaktif yang digunakan dalam perlombongan hilang dalam perjalanan ke ibu negara di Perth.



Semalam, pihak berkuasa Australia mengeluarkan amaran risiko bahan radioaktif di beberapa wilayah termasuk di Perth.



Menurut Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan, kapsul kecil yang mengandungi Caesium-137 hilang ketika dalam perjalanan dari utara Newman iaitu sebuah bandar kecil di wilayah terpencil Kimberley ke pinggir timur laut Perth.



Katanya, bahan berkenaan digunakan dalam pengukur bagi operasi perlombongan. Pencemaran bahan berkenaan juga boleh menyebabkan beberapa penyakit radiasi.



Menurut Agensi Kesihatan Australia, kapsul berkenaan hilang di dalam trak ketika dalam perjalanan dari lombong ke tempat penyimpanan di Perth.



Pihak berkuasa Australia berkata, trak berkenaan meninggalkan lokasi berkenaan pada 12 Januari lalu dan hilang sehingga minggu ini ketika perkhidmatan kecemasan melakukan amaran.



Kapsul berkenaan dilaporkan datang dari lombong Rio Tinto Ltd, manakala syarikat berkenaan tidak memberi sebarang respon mengenai kejadian berkenaan.



Ketua Pegawai Kesihatan Australia Barat Andrew Robertson berkata, kapsul berkenaan jika terkena badan boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan melecur akibat radiasi.



"Jika kapsul berkenaan terdedah bagi tempoh lama, juga boleh mendatangkan kesan kepada sistem imun badan," katanya.



Katanya, dipercayai kapsul berkenaan terkeluar daripada tempat simpanan berkenaan akibat kesan daripada gegaran lori yang sedang bergerak. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >